DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

13 Januari, 2013

ANGGOTA JABATAN AMAL MALAYSIA "SUKARELAWAN SEBENAR" NAMUN PERLU DIPERTINGKATKAN LAGI

 
Anggota Jabatan Amal Malaysia adalah "Sukarelawan Sebenar" kerana tidak ada satu pun program yang mereka hadir bertugas secara berbayar sepanjang 22 tahun sejak ia ditubuhkan. Anggota jabatan yang paling aktif dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) ini tidak pernah meminta, mengharap dan menagih bayaran elaun, sumbangan dan sebagainya untuk hadir bertugas. Kehadiran mereka adalah atas kerelaan, kewangan dan kelengkapan yang datangnya dari hasil titik peluh sendiri.

Walaupun pernah menerima sumbangan sebelum atau selepas tugasan dijalankan namun ia tidak pernah digunakan untuk perbelanjaan individu dan jika dikira sekali pun ia masih tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Kebiasaannya mereka hanya akan diberikan makanan dan minuman yang ala kadar (kebiasaannya nasi dan air bungkus) oleh mana-mana penganjur program, jarang-jarang sekali mereka mendapat sumbangan seperti perbelanjaan pengangkutan (tambang/minyak) sebelum atau selepas program. Jika mereka menerima sumbangan pun kebanyaknnya ia disalurkan ke tabung jabatan mereka untuk pembelian peralatan dan sebagainya untuk memudahkan kerja dan operasi mereka.

Pakaian mereka adalah hasil pembelian mereka sendiri (duit sendiri) malah kebanyakan peralatan/kelengkapan operasi dan sebagainya juga adalah hasil titik peluh sendiri, mungkin itulah sebabnya ada dikalangan orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat yang menggelar mereka "Angels in Red" seperti di dalam blog ini http://fi-sha.blogspot.com/2009/08/unit-amal-pas-my-heroes.html



Tidak seperti badan sukarela NGO yang lain yang menerima sumbangan dari kerajaan (negeri/pusat) untuk menampung perbelanjaan pengurusan, pentadbiran, latihan dan segalanya. Jabatan amal ini perlu berusaha sendiri untuk mencari dana melalui perniagaan, jualan amal, tabung kutipan dan selalunya mengeluarkan wang kocek sendiri untuk menampung segala perbelanjaan atau pun melaksanakan apa-apa program latihan atau sebagainya.

Mungkin kerana itulah Jabatan ini telah menerima pelbagai pengiktirafan dari rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah berkira dalam Amal Kebajikan mereka. Merekalah "Duta Kebajikan" PAS sehingga 70% dari gerak kerja merekalah yang membuatkan pemimpin yang bukan Islam dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedar akan keadilan dan kebaikan orang Islam itu sendiri.

Mereka membantu, menjaga dan prihatin kepada semua orang tanpa mengira warna kulit, agama, kepercayaan dan fahaman politik. Mereka membantu semua orang yang mampu mereka bantu walaupun individu tersebut ialah ahli UMNO yang memusuhi mereka.

Anggota Jabatan Amal Malaysia Terbaek! Namun perlu berpakaian dengan pemakaian yang lebih kemas dan  mantap,
Barulah  orang lebih "respect" dan disegani oleh badan sukarelawan lain.
  Pemakaian dan Pakaian Mereka Tidak Seragam Mungkin Berpunca  Dari  Kewangan Kendiri  Yang Terhad.

Etika berpakaian yang tidak seragam mencacatkan sedikit pandangan dari masyarakat penyokong atau bukan penyokong Pakatan Rakyat.

BERKETRAMPILAN : Salah satu elemen penting supaya rakyat lebih berkeyakinan, hormat dan memandang tinggi kepada Jabatan Amal Malaysia itu sendiri.

JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK HANTAR 130 ORANG PETUGAS

Seramai 130 orang petugas berdaftar untuk menjalankan pelbagai jenis tugas semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu (12 Januari 2013) yang lepas. Mereka telah mula bertolak sejak malam Jumaat 11 Januari 2013 lagi, namun satu konvoi bermotor yang disertai 24 buah motosikal dan 4 buah kereta telah bertolak dari Ipoh pada pukul 3 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada subuh 12 Januari 2013 yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak sendiri yang juga bersama-sama menaiki motosikalnya untuk bertugas di HKR 2013.

"Sebagai ketua yang dilantik oleh orang bawahan kita perlu bersama-sama, bersusah payah dengan anak buah bukannya kita bersenang lenang tetapi anak buah pula bersusah payah, itu sikap pemimpin yang tiada thiqah dan boleh dipertikai jika pohon anak buah wala' pada kita." kata Al-Ameed Arif Bin Sha'arani, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Turut serta berkonvoi motosikal bersama-sama ialah Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak Saudara Zakril Emri Bin Md. Ghazali dan beberapa Komander dan ALP Negeri Perak. Mereka turut menyahut saranan Pengarah mereka yang memohon pemimpin AMAL di semua peringkat perlu bersama-sama bersusah payah dan bertugas. Malah seorang pemimpin perlu bertugas atau bersusah lebih daripada anak buahnya kerana pemimpin Islam tidak pernah duduk di belakang tetapi di depan medan perjuangan.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak juga telah menghantar anggotanya dari pelbagai jenis kor dan unit terdiri daripada:

1. Medik dan Penyelamat
2. Trafik dan Lalulintas
3. Kemahiran dan Teknikal (Kejuruteraan)
4. Komunikasi
5. Tarbiyah dan Dakwah

Tahniah semua petugas Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak

Takbir....Allahuakbar..











10 Januari, 2013

KULIAH DAN KHUTBAH JUMAAT : PENTAS TERBAIK SAMPAIKAN HUKUM ISLAM

Kuliah Jumaat dan Khutbah Jumaat sepatutnya menjadi pentas terbaik dalam menyampaikan pemahaman terhadap hukum-hukum Islam. Malangnya Islam sebenar disorok di sebalik khutbah & khutbah jumaat dengan penyampaian dari dari Ustaz-Ustaz dan Khatib-Khatib yang tidak memahami jiwa anak muda dan masyarakat semasa.

Ustaz dan khatib yang sudah terlalu berumur sehingga percakapannya kurang jelas dan bernada mendodoi supaya para makmum tidur amat mengecewakan. Kami berkesempatan bersolat jumaat di sebuah Masjid terletak di sebuah kampung yang mana terkenal dengan hasil ikan air tawar, udang galah dan bijih timahnya dan berada betul-betul diatas sempadan dua daerah iaitu Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah.

Solat jumaat tersebut menjadi tidak bermakna buat kami kerana khatib yang membacakan khutbah suaranya tidak jelas dan sebutan bacaannya seperti orang sengau dan berdengung. Kami betul-betul terdengar khatib membaca bismillah dan perkataan "akimussolah". Selesai solat jumaat kami bertanya kepada para sahabat yang tinggal di situ "Selalukah khutbah Jumaat macam ini?" kata mereka setiap kali imam ni bertugas menjadi khatib maka jadilah macam ni."Ngok..ngap ngok..ngap..dah habis khutbah solat pastu balik!" kata salah seorang lagi, yang seolah-olah sudah kecewa.

Kami difahamkan beliau dilantik sebagai Imam menggantikan Imam yang lama atas sebab-sebab politik. Beliau kuat menyokong UMNO. Amat menyedihkan jika solat jumaat setiap kali imam tersebut bertugas maka tidak bermakna langsung sebab tiada satu pun butiran khutbah yang dibaca di dengari dengan jelas. Untuk peringatan semua ahli PAS, semua masjid yang dibawah pentadbiran ahli kita janganlah lantik Imam macam itu. Carilah Imam dan khatib yang boleh membaca khutbah dengan baik dan bersemangat supaya anak muda faham Islam.

07 Januari, 2013

SENARAI ASET TERKINI HASIL SUMBANGAN AHLI PAS DAN RAKYAT PERAK & MALAYSIA

Terima Kasih kepada semua ahli Amal, PAS dan semua individu yang telah menyumbangkan wang, peralatan dan kelengkapan kepada jabatan kami selama ini. Segala sumbangan anda amat kami hargai dan kami sertai dengan doa semoga tuan-tuan dan puan-puan dirahmati di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan dimatikan di dalam keadaan paling mulia di sisi Allah SWT. Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk kami gunakan untuk membantu semua individu yang memerlukan bantuan.

Tersebut dibawah ialah Aset Terkini kami dan bilangan keperluan sepatutnya :

 Aset Terkini Dalam Simpanan (Negeri)
Keperluan sepatutnya
Bot penyelamat - 2 buah (tanpa treler bot)
Enjin Bot (Enjin Sangkut) - 2 buah
Mesin Water Sprayer (Petrol) - 1 buah
Mesin Water Jet (Elektrik) - 2 buah
Mesin Jenerator (Petrol) - 1 buah
Mesin Chainsaw (Petrol) - 1 buah
Komputer Peribadi (PC) - 1 buah 
Minima 5 buah bot (utk keperluan 5 buah zon)
Minima 5 buah enjin utk 5 buah bot
Minima 5 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 10 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 5 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 5 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 3 buah utk kegunaan pejabat

* Tersebut di atas adalah aset yang bersaiz besar dan bernilai lebih daripada RM500.00 hasil sumbangan ahli / penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Aset Dalam Proses Perolehan ( Kami Dalam Usaha Untuk Mendapatkan) :

  1. Kenderaan Angkut - (Lori/4WD/Van) untuk kegunaan angkut barang/peralatan/kelengkapan bantuan dan anggota untuk kemana sahaja kawasan operasi bantuan/bencana. 
  2. Kenderaan  Jenazah - (Van/Pikap) untuk kegunaan ahli PAS/Keluarga membawa jenazah yang meninggal di mana-mana Hospital di dalam kawasan Ipoh (Ibu negeri) ke mana-mana sahaja dengan bayaran secara infaq (berapa sahaja yang mampu/ikhlas).
  3. Kenderaan Kecemasan - (Van Ambulans/4WD Ambulans) untuk kegunaan angkut mangsa/barang/peralatan/kelengkapan bantuan dan anggota untuk kemana sahaja kawasan operasi bantuan kecemasan (Pasukan Medik & Penyelamat). 
  4. Treler Bot - Untuk mengangkut bot kemana sahaja kawasan banjir/bantuan mencari mangsa (SAR) yang memerlukan bot.
  5. Motosikal Operasi - (Pelbagai Jenis Motosikal/Scrambler) untuk kegunaan operasi yang memerlukan kegunaan motosikal kerana kawasan laluan sempit atau tidak boleh dilalui oleh kenderaan besar.
* Jika anda berminat untuk menyalurkan sumbangan sila hubungi : Arif Sha'arani  013-421 3636

Anda ada wang dan harta, Kami ada masa dan tenaga. Mari Kita Beramal Bersama...Anda dengan cara anda (wang dan harta) kami dengan cara kami (masa dan tenaga).  

Apa gunanya wang dan harta yang banyak dan kehidupan yang mewah jika ia akan membawa kita ke neraka.. Kenapa tidak kita jadikan wang dan harta kita untuk kita mencari keredhaan Allah SWT dan mungkin ia membawa kita ke syurga..



06 Januari, 2013

TERIMA KASIH USTAZ & DS Nizar

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abu Bakar Husain, Ustaz Zawawi Hassan, Ustaz Mustafa Shaari dan Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin atas sokongan padu yang diberikan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak selama ini. Sepanjang sessi 2011-2013 ini kami telah mendapat sokongan yang hebat dari individu-individu ini untuk kami menjalankan program, segala tugas dan tanggungjawab kami. Kami dibantu dan disokong dari segi kewangan, peralatan, kelengkapan dan pengetahuan agama (kuliah, tazkirah dsbnya).

Tanpa individu-individu ini tidak mungkin kami dapat melaksanakan segala program, tugas dan tanggungjawab kami dengan baik dan cemerlang. Jabatan kami telah menjalankan lebih dari 350 tugasan di dalam 350 program PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang tahun 2011-2013 ini di seluruh kawasan negeri Perak.

Kebanyakan program-program tersebut, pihak kami telah ditugaskan untuk keselamatan program, keselamatan pimpinan, keselamatan lalulintas, menyalurkan bantuan kebajikan, bantuan bencana/banjir dan sebagainya. Program-program ini telah menjadi medan praktikal kepada segala ilmu dan kemahiran kami semua seperti di dalam BUKU HURAIAN SUKATAN KURIKULUM  jabatan kami.

Namun begitu kami tidak pernah mengabaikan segala tanggungjawab kami kepada Allah dengan melaksanakan solat jemaah, tazkirah, kuliah dan taujihad dimana-mana sahaja tempat dan lokasi mengikut kesempatan masa dan ruang, walaupun tidak sekerap jabatan lain.

Dengan bantuan semua pihak di dalam PAS / Pakatan Rakyat dan sokongan padu dari empat individu ini kami juga dapat membuat perubahan dan penambahbaikan kepada jabatan kami. Setelah berumur 21tahun jabatan kami kini telah dewasa dengan penambahan peralatan dan kelengkapan, jenis latihan/kursus dan kenderaan.

Setelah genap berumur 21 tahun dan setelah bertukar pentadbiran beberapa kali kini kami Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dengan pentadbiran yang lebih kemas, teratur, efisien dan bersistematik telah berjaya membentuk satu pasukan gerakerja Amal yang lebih baik dan lebih cemerlang.

Terima Kasih kami ucapkan kepada empat individu ini yang merupakan tunggak atau Lampu Suluh kepada kejayaan kami sepanjang 2011-2013 ini. Kepada yang lain yang juga terlibat dalam memberikan sumbangan kepada kami selama ini, kami pohon kepada Allah semoga kalian semua dimatikan dalam keadaan paling mulia di sisi Allah SWT.