DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

PENGENALAN

Kami adalah sebuah organisasi naungan penuh Parti Islam Semalaysia (PAS). Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan iaitu menjadi DUTA KEBAJIKAN kepada PAS Negeri dan Pusat.

Kebajikan yang kami laksanakan adalah meluas kerana perkataan KEBAJIKAN tersebut juga mempunyai maksud yang luas.

Kami bukan sekadar memberikan bantuan makanan, minuman, pakaian, tenaga dan sebagainya, namun kami juga menjaga keselamatan diri dan harta awam dan individu kerana ia juga salah satu aspek kebajikan.

Kami mempunyai unit-unit yang dilatih khas untuk melaksanakan setiap bidang tugas:
  1.  Unit Pentadbiran (Pentadbiran, Kewangan, Logistik, Perhubungan Awam dsb)
  2.  Unit Kemahiran dan Kejuruteraan (Binaan, Elektrikal, Elektronik, ICT dsb)
  3.  Unit Kawalan Trafik dan Lalulintas (Kawalan Trafik, Marsyal dsb)
  4.  Unit Tarbiyah dan Dakwah (Hal Ehwal Agama, Pengurusan Jenazah dsb)
  5.  Unit Medik dan Pertolongan Cemas (Bantuan Kecemasan dan Ambulans)
Keanggotaa kami terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang yang tidak mengira umur dari umur 18 - 100 tahun, keanggotaan hanya dikira tamat/pencen setelah kami meninggal dunia

Perjawatan, perlantikan dan ganjaran :
 JawatanKelayakan  Ganjaran (Gaji/Elaun)
Pegawai TertinggiPerlantikan:   Senioriti, Pengalaman Mengetuai Operasi, Pengalaman Kejurulatihan, Pengetahuan Agama, Jumlah Kursus Disertai, Pemerhatian 1 Tahun (12 bulan) dan Lulus Ujian KAKA Tahap 3 dan 4.
Kelayakan:   Pengetahuan Agama, Amanah, Jujur, Ikhlas, Pengorbanan Yang Tinggi dan Sahsiah Terpuji
Ganjaran Akhirat
Pegawai Operasi / Latihan
Perlantikan:   Senioriti, Pengalaman Mengetuai Operasi, Pengalaman Kejurulatihan, Pengetahuan Agama, Jumlah Kursus Disertai, Pemerhatian 1/2 Tahun (6 bulan) dan Lulus Ujian KAKA Tahap 2 dan 3.
Kelayakan:   Pengetahuan Agama, Amanah, Jujur, Ikhlas, Pengorbanan Yang Tinggi dan Sahsiah Terpuji
Ganjaran Akhirat
 Anggota
Perlantikan:   Senioriti, Pengalaman Mengetuai Operasi, Pengalaman Kejurulatihan, Pengetahuan Agama, Jumlah Kursus Disertai, Pemerhatian Rikrut (5 bulan) dan Lulus Ujian KAKA Tahap 1.
Kelayakan:   Pengetahuan Agama, Amanah, Jujur, Ikhlas, Pengorbanan Yang Tinggi dan Sahsiah Terpuji
Ganjaran Akhirat
*Alhamdulillah, setakat ini semua anggota kami adalah dikalangan mereka yang sedia, sanggup dan berkorban untuk mencari keredhaan Allah SWT. Segala pergerakan, pengangkutan dan keperluan mereka untuk hadir bertugas adalah tanggungan mereka sendiri.

Namun begitu kami masih memerlukan sumbangan dan sokongan rakyat Perak dan Malaysia untuk peralatan, pengangkutan barang bantuan, bahan bantuan makanan dan sebagainya untuk kelancaran misi bantuan kami.