
Anda mungkin melihat perkara ini sebagai satu gelombang kebangkitan Jabatan Amal Malaysia di hati rakyat Malaysia.

Bak kata Pengarah Al-Ameed Arif Sha'arani "Kereta kalau dijack terlampau tinggi nanti terbalik". "Kita kena faham orang yang memuji kita tak semestinya dia Ikhlas, namun orang yang mengkritik kita sudah tentu Ikhlas" kata Pak Rahim. Gabungan pemikiran orang tua dan orang muda dalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak inilah yang menjadi kekuatan kami.
Antara keburukan yang bakal timbul jika Pemimpin Terlalu Melambungkan Unit Amal :
- Ahli amal tidak lagi memakai baju uniform amal dengan ikhlas kerana Allah untuk bertugas tetapi kerana ingin dipuji dan dipandang tinggi dikalangan ahli PAS dan masyarakat.
- Lambakkan Oppurtunist yang ingin menjadi ahli amal untuk menaikkan diri mereka dalam politik dan mengintai peluang untuk rapat dengan pimpinan.
- Fenomena ahli amal yang akan meminta elaun/dana untuk keluar bertugas akan lahir kerana didikan pemimpin amal yang korup dan akan disusuli..
- Fenomena memohon/meminta untuk dilantik sebagai Komander Kawasan/ALP Negeri akan lahir sebab lebih besar jawatan dalam Unit Amal, lebih besar peluang untuk rapat dengan pimpinan dan peluang naik dalam bidang politik.
- Akan lahir kelompok-kelompok di dalam Unit Amal itu sendiri kerana ahli amal tidak lagi akan berjuang kerana Allah SWT semata-mata namun kerana pemimpin yang disokong mereka demi kepentingan diri, kewangan dan sebagainya walaupun pimpinan tersebut telah berlaku korup.
- Penyakit ini akan berjangkit kepada Induk Unit Amal itu sendiri iaitu DPPP dan PAS itu sendiri jika ia tidak dibendung.
Kerana perkara inilah Sistem Kaka perlu dikemaskinikan lagi dan dijalankan sepenuhnya supaya kita dapat menapis pemimpin yang seperti NILA SETITIK dan merawatnya segera supaya tidak menjadi wabak kepada organisasi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan