DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

19 Januari, 2014

PUJIAN MELANGIT BAKAL MEROSAKKAN AHLI UNIT AMAL


Pujian yang melangit dari pelbagai pihak kini kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Amal Malaysia keseluruhannya boleh mendatangkan satu perasaan bongkak, takbur dan bangga diri kepada ahli-ahli amal yang memakai baju uniform merah tersebut. Kini hampir semua orang ingin membeli baju T-Shirt Amal dan uniform amal sehinggakan hampir semua Ketua DPPK dan DPPN ingin membelinya.
Anda mungkin melihat perkara ini sebagai satu gelombang kebangkitan Jabatan Amal Malaysia di hati rakyat  Malaysia. 
Namun bagi ALP Negeri Perak kami merasakan ia adalah satu gerak kerja yang boleh mengancam nilai keperibadian ahli yang telah selesa dipuji dan dilambung-lambung tinggi. Kini Unit Amal telah menjadi medan untuk naik dalam bidang politik, "sesiapa yang dilantik sebagai Komander Kawasan kemungkinan besar 2 tahun lagi cerah untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda" kata-kata ini telah mula disembangkan oleh para oppurtunist. Fenomena ini perlu dielakkan kerana ia bakal merosakkan nilai Amallulillah itu sendiri.
Bak kata Pengarah Al-Ameed Arif Sha'arani "Kereta kalau dijack terlampau tinggi nanti terbalik". "Kita kena faham orang yang memuji kita tak semestinya dia Ikhlas, namun orang yang mengkritik kita sudah tentu Ikhlas" kata Pak Rahim. Gabungan pemikiran orang tua dan orang muda dalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak inilah yang menjadi kekuatan kami. 
Antara keburukan yang bakal timbul jika Pemimpin Terlalu Melambungkan Unit Amal :




  1. Ahli amal tidak lagi memakai baju uniform amal dengan ikhlas kerana Allah untuk bertugas tetapi kerana ingin dipuji dan dipandang tinggi dikalangan ahli PAS dan masyarakat.
  2. Lambakkan Oppurtunist yang ingin menjadi ahli amal untuk menaikkan diri mereka dalam politik dan mengintai peluang untuk rapat dengan pimpinan.
  3. Fenomena ahli amal yang akan meminta elaun/dana untuk keluar bertugas akan lahir kerana didikan pemimpin amal yang korup dan akan disusuli..
  4. Fenomena memohon/meminta untuk dilantik sebagai Komander Kawasan/ALP Negeri akan lahir sebab lebih besar jawatan dalam Unit Amal, lebih besar peluang untuk rapat dengan pimpinan dan peluang naik dalam bidang politik.
  5. Akan lahir kelompok-kelompok di dalam Unit Amal itu sendiri kerana ahli amal tidak lagi akan berjuang kerana Allah SWT semata-mata namun kerana pemimpin yang disokong mereka demi kepentingan diri, kewangan dan sebagainya walaupun pimpinan tersebut telah berlaku korup.
  6. Penyakit ini akan berjangkit kepada Induk Unit Amal itu sendiri iaitu DPPP dan PAS itu sendiri jika ia tidak dibendung.
Oleh itu dipohon semua ALP Negeri dan Ahli-ahli untuk sama-sama muhasabah diri dan membuang sifat-sifat tinggi diri kita supaya kita jangan lari dari jalan Allah. Jangan kerana perkara-perkara ini membuatkan kita tidak diterima ke syurga Allah kelak. 

Kerana perkara inilah Sistem Kaka perlu dikemaskinikan lagi dan dijalankan sepenuhnya supaya kita dapat menapis pemimpin yang seperti NILA SETITIK dan merawatnya segera supaya tidak menjadi wabak kepada organisasi kita.

MURABBITUN : BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK AMANAH

Pernahkah anda mendengar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat  atau Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mengakui diri mereka sebagai MURABITUN secara mendabik dada? Sudah tentu tidak, kan? Mereka digelar Murabbi atau Murabitun oleh ahli PAS dan orang lain, namun tidak pernah mereka sendiri mengakuinya atau menggelarkan diri mereka dengan perkataan tersebut. Apakah pendapat anda jika ada dikalangan kita yang mengakui diri mereka sebagai MURABITUN dengan secara mendabik dada di dalam majlis, mesyuarat dan sebagainya. Oleh itu marilah kita menjelaskan diri kita mengenai konsep Murabitun.
 
AL-MURABITUN : Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi 
 
Muqaddimah

Umat Islam yang diamanahkan untuk mentadbir dunia sudah tentu memerlukan pendukung yang komited dan memiliki tasawur Islam yang jelas. Pendukung-pendukung dan pejuang-pejuang yang berjiwa besar ini hendaklah bersedia untuk berkorban masa, harta dan jiwa untuk mempastikan Islam diletakkan di tempatnya yang tinggi lagi mulia.

Sudah sekian lamanya PAS berusaha dan berjihad untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini seruan dan laungan PAS telah menampakkan petanda positif penerimaan ummah.

Sokongan ini hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan agar seluruh umat Islam khususnya dan manusia amnya dapat menerima dan menikmati keadilan dan kebenaran serta kesejahteraan yang dijuarai oleh Islam.

Tugas dan tanggungjawab yang besar lagi berat ini hendaklah dipikul oleh para petugas sepenuh masa yang diistilahkan sebagai Al-Murabitun. 
 
KONSEP AL-MURABITUN

Apabila Islam semakin berkembang maka menjadi suatu keperluan untuk menjaga keutuhan pemerintahan dan mempertahankan sempadannya sepanjang masa daripada diancam oleh musuh. Kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa ini dikenali sebagai al-Murabitun.

Kalimah ini juga digunakan bagi merujuk kepada orang-orang beriman yang berkekalan di dalam Masjid Nabawi selepas solat Maghrib untuk menunggu solat Isya’.

Takrifan di atas bolehlah dirumuskan bahawa al-Murabitun itu adalah kumpulan mukmin yang bertugas sepenuh masa untuk tujuan-tujuan tertentu. Apabila sesuatu tugas itu dilaksanakan secara sepenuh masa maka sudah tentu ianya merangkumi sumbangan masa, tenaga dan pemikiran.

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Ali ‘Imran: 200)

Daripada nas di atas, dapat difahami bahawa menyediakan petugas sepenuh masa “al-Murabitun” merupakan suatu kewajipan. Antara rasional kewajipan ini ialah:

a) tenaga perofesional
b) menjimatkan tenaga
c) menjimatkan kos

Apabila sesuatu golongan itu ditugaskan secara sepenuh masa maka sudah tentu akan lahirlah para petugas yang berpengalaman yang mana hasil dari pengalaman ini menjadiakn seseorang itu pakar dalam bidangnya dan disebut sebagai professional.

Aspek ini dianggap sangat penting untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan yang optima. Iannya juga penting untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahihan sesuatu rancangan mahupun tindakan.

Petugas sepenuh masa tentu menjimatkan tenaga memandangkan tenaga pakar yang sedia ada tidak memerlukan tenaga gantian, dan factor ini sudah pasti boleh menjimatkan kos yang merupakan salah satu daripada ajaran Islam.

Tenaga-tenaga yang dimaksudkan di atas telah dijanjikan ganjaran oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bermurabitunlah satu hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya: Daripada ‘Aisyah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bahawasanya sebaik-baik pekerjaan kepada Allah ialah yang paling berkekalan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari)

Kedua-dua hadith di atas memberi keyakinan kepada pendukung yang memahaminya untuk berkorban masa, tenaga dan jiwa demi kepentingan Islam dalam apa jua bidang yang ditugaskan.

KEPENTINGAN AL-MURABITUN DALAM GERAKAN ISLAM

Gerakan Islam masa kini menamakan al-Murabitun dengan al-Mutafarr’ghun. Adalah tanggungjawab al-Mutafarrighun masa kini agak mencabar dari masa-masa yang lampau memandangkan penyebaran Islam telah sampai ke segenap pelosok dunia serta pesatnya perkembangan teknologi moden.

Dengan meningkatnya tahap keintelektualan manusia, maka keperluan kepada al-Murabitun menjadi semakin mendesak lebih –lebih lagi bagi negeri-negeri yang belum berdaya maju.

Perkara ini berdasarkan kepada pengalaman beberapa buah negeri yang mula menerima Islam di mana factor penting kepada kejayaan tersebut disandarkankepada kesedaran rakyat hasil daripada pengorbanan al-Murabitun yang tidak jemu-jemu dalam menjalankan tugas.

Terdapat beberapa bidang yang memerlukan al-Murabitun di dalamnya antaranya:

1.Penyelidikan

Bidang ini amat penting diutamakan untuk merancang strategi, kedudukan dan tindakan yang bakal dilaksanakan seperti Jabatan Pilihanraya Negeri.

2.Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan utama dalam menyedarkan rakyat jelata yang berbilang latar belakang maka keperluan kepada tokoh-tokoh yang bekerja sepenuh masa dalam bidang ini haruslah diutamakan seperti para mursyid dan nuqaba’.

3.Penerangan

Dalam melaksanakan prinsip menerang bukan menyerang kita memerlukan para murabitun yang terdiri dari tenaga-tenaga penceramah yang berkemampuan secukupnya.

4.Ekonomi

Tidak dinafikan bahawa bidang inipenting dalam menggerakkan jentera gerakan Islam. Justeru itu, kita memerlukan pakar-pakar ekonomi seeprti para usahawan yang bertugas sepenuh masa untuk membiayai program-program dan aktiviti-aktiviti gerakan Islam.

5.Perundangan

Pakar-pakar di bidang ini haruslah dilahirkan dan dikaderkan dalam bilangan yang mencukupi untuk mempastikan proses pemulihan kuasa dan pelaksanaan undang-undang Islam dapat dijalankan.

CABARAN DAN HALANGAN

Terdapat beberapa cabaran dan halangan untuk melahirkan para murabitun di setiap negeri antaranya:

a) sifat fasik dan jumud
b) tidak sanggup berkorban
c) tidak mempunyai tasawur yang jelas

PENUTUP

Kemenangan Islam dapat dilihat apabila cabaran-cabaran di atas dapat diatasi. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk membincangkan perkar di atas dan mencari jalan penyelesaian demi untuk memastikan keutuhan dan kekuatan gerakan Islam dapat diperkembangkan dari masa ke semasa.
 
by Nasrudin bin Hassan at Tantawi
 
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007_11_01_archive.html

Blog Amal Perak Kini Diintai Oleh Masyarakat Dunia

Kini blog rasmi Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak bukan sahaja dilayari oleh rakyat Malaysia namun ia telah juga dilayari oleh orang asing dari luar negara. Kini Jabatan Amal Malaysia telah menjadi satu bualan hebat baik di dalam dan di luar negara apabila menyentuh perkembangan politik dalam negara Malaysia kini. Seolah-olah manusia yang memakai baju merah ini adalah duta kepada PAS itu sendiri.
 

16 Januari, 2014

Program Penerangan Profesionalisme Kepimpinan Amal Perak



Ahli Lembaga Pengarah 2011-2013,
Ahli Lembaga Pengarah 2014-2016 (baharu),
Komander Kawasan,
Timbalan Komander Kawasan,
Setiausaha Amal Kawasan,
Bendahari Amal Kawasan,

Tuan-tuan dijemput hadir ke Program Penerangan Profesionalisme Kepimpinan Amal Perak pada ketentuan seperti berikut: 

Tarikh: 26 Januari 2014 ( Ahad )
Masa: 9.00 pagi hingga 1.45 petang
Tempat: Bilik Seminar Pejabat Perhubungan PAS Perak
Pakaian: Uniform Amal lengkap

Tentatif Program:

  • 9.00 pagi   - Pendaftaran 
  • 9.30 pagi   - Ucapan Amanat Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
  • 10.00 pagi - Minum pagi
  • 10.30 pagi - Penerangan Portfolio Tugas dan Sistem Pentadbiran Jabatan
  • 11.30 pagi - Sesi soal jawab
  • 11.45 pagi - Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan ALP 2011-2013
  • 12.00 tgh   - Suai Kenal ALP 2014-2016 
  • 12.30 tgh   - Makan tengahari 
  • 1.30 ptg     - Solat Zohor berjemaah 
  • 1.45 ptg     - Bersurai