DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

SUMBANGAN DAN WAKAF

SUMBANGAN DAN WAKAF : KENDERAAN JENAZAH

Sejajar dengan seruan PAS dan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk membangunkan sebuah Negara Berkebajikan kami di Jabatan Amal Malaysia Kontijen Negeri Perak menyahut seruan tersebut sebagai satu cabaran untuk memperhebatkan gerak kerja kebajikan kami di seluruh negeri Perak dan Malaysia.

Oleh yang demikian kami amat memerlukan sokongan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk kami memperolehi sebuah trak/lori, sebuah kenderaan 4WD dan sebuah kereta jenazah yang mana akan kami gunakan untuk pengangkutan jenazah dari Hospital Ipoh ke mana-mana sahaja di dalam kawasan negeri Perak dan Malaysia secara sumbangan kepada semua ahli PAS atau keluarga yang meninggal dunia di Hospital Ipoh dan memerlukan kenderaan untuk membawa balik jenazah.

Ia adalah satu tanda ucapan terima kasih dan penghargaan kali terakhir kepada ahli-ahli PAS dan keluarga atas sumbangan dan keahlian Allahyarham / Allahyarhamah kepada Parti Islam Semalaysia.

Bantulah Kami Untuk Membantu Orang Lain..

SUMBANGAN DAN ZAKAT 

Kami kini amat memerlukan keperluan dibawah, sekiranya ada dikalangan seluruh rakyat Perak atau Malaysia yang bermurah hati untuk menginfaqkan (menyumbang) keperluan dibawah sila hubungi kami:

Senarai Keperluan Yang amat Diperlukan: Baru atau Terpakai

ItemBilangan 
 1. Set/Kotak Pertolongan Cemas50 set/kotak 
 2. Beg 'Backpack' untuk ahli Medik50 buah beg 
 3. Kompas (Suunto atau Silva)50 kompas 
 4. Baton Light (untuk kawalan trafik)50 batang  
 5. Khemah Kanvas 15' x 20' (Pentagon Tent)10 buah
 6. Mesin Jenerator (Generator/Gen-Set)2 buah
 7. Mesin Penyembur Air (Waterjet)10 buah 
 8. Mesin Pemotong Kayu (Chainsaw)2 buah 
 9. Mesin Fotostat1 buah 
 10. Mesin Reso (Penerbitan)1 buah
 11. Motosikal Scrambler (Emergency Response Team)1 buah
 12. Kenderaan 4 x 4 (Logistik/Operasi)1 buah
 13. Bot Fiber 2 buah 
 14. Bangunan/Ruang Pejabat1 bangunan/ruang pejabat 
 15. Alatan Tangan
  • Baldi
  • Berus (Panjang)
  • Penceduk (scoop)
  • Penolak Selut (mud scrapper)
 Sebanyak Mungkin
 16. Bekalan Beras (Simpanan Bantuan Banjir Kilat & Fakir Miskin) 100 beg (5kg)
 17. Bekalan Gula (Simpanan Bantuan Banjir Kilat & Fakir Miskin) 100 paket (2kg) 

SILA RUJUK UNTUK KETERANGAN SEMUA JENIS SUMBANGAN DAN WAKAF:
PENGARAH : AL-AMEED ARIF SHA'ARANI : 013-421 3636