DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

LATAR BELAKANG

KENALI JABATAN AMAL

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN AMAL MALAYSIA (UNIT AMAL MALAYSIA)

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.

Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.
Sdr Jamaluddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin Ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastik dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.

Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

KEJAYAAN-KEJAYAAN UNIT AMAL

Unit Amal Malaysia telah Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang di dalam pelbagai sudut yang ditugaskan kepada Unit tersebut, diantaranya:

- Menjaga keselamatan pimpinan PAS, Pakatan Rakyat dan semua peserta program / majlis di dalam semua program / majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

-Menjaga keselamatan pimpinan PAS Negeri-Negeri dan Pusat di seluruh Malaysia.

-Menjalankan agihan bantuan dan bantuan kemanusiaan banjir di seluruh Malaysia (Banjir Johor, Pahang, Kedah, Kelantan dan sebagainya).

-Menjalankan agihan bantuan, bantuan kemanusiaan dan sebagainya semasa bencana Tsunami di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Aceh, Indonesia.

KEJAYAAN JABATAN AMAL PERAK (UNIT AMAL PERAK)

Unit Amal Perak telah berjaya menjalankan peranan penting di dalam semua tugas-tugas yang diberikan oleh Jabatan Amal Malaysia baik di dalam semua program, majlis rasmi dan sebagainya. Namun selepas kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Perak Jabatan Amal telah diberikan peranan yang besar di dalam bidang keselamatan pimpinan Pakatan Rakyat PERAK.
Diantaranya:
  1. Misi bantuan bencana banjir besar di Johor.
  2. Misi bantuan bencana banjir di Kelantan.
  3. Misi bantuan bencana banjir di Pasir Salak, Perak.
  4. Misi bantuan bencana banjir di Manjung, Perak.
  5. Misi bantuan kemanusiaan tsunami di Aceh, Indonesia.
  6. Misi bantuan bencana ribut di Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak.
  7. Misi bantuan mencari mangsa jambatan gantung runtuh, Kuala Dipang, Kampar, Perak.
  8. Misi bantuan bencana banjir Kuala Dipang, Kampar, Perak.  

FUNGSI JABATAN AMAL PERAK

Sebuah pasukan beruniform pelbagai fungsi (Multi-Function Force) yang menjalankan tugas:
- mengawal keselamatan harta benda atau VIP(Parti Islam SeMalaysia-PAS dan seluruh rakyat negeri Perak)
- membantu mengawal lalulintas (majlis-majlis rasmi PAS /Kerajaan Negeri Yang Diperintah PAS)
- memberikan pertolongan cemas kepada seluruh rakyat tanpa mengira Agama dan Keturunan
- membantu memadam kebakaran bangunan atau kediaman tanpa mengira Agama dan Keturunan.
- membantu di dalam operasi cari dan selamat (Search And Rescue).
- memberikan bantuan kemanusiaan dan pelbagai lagi.

VISI

Kearah menjadi pergerakan kebajikan sukarela beruniform yang menjdi pilihan generasi muda dan berasaskan Islam

MISI

-Berkhidmat secara sukarela membangunkan semula generasi muda melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan mengikut dasar-dasar Islam.
-Melahirkan ahli-ahli pergerakan sukarela supaya boleh menghayati teras budaya amal.

TERAS 5 AMAL:

1.    KEIMANAN DAN KETAQWAAN
2.    ILMU DAN AMAL YANG SOLEH DAN BENAR
3.    KEMAHIRAN DAN KETRAMPILAN
4.    BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA
5.    BERAMAL KERANA ALLAH

SLOGAN JABATAN AMAL MALAYSIA

BERAMAL KERANA ALLAH

MOTTO JABATAN AMAL NEGERI PERAK

BERAMAL KERANA ALLAH KEUTAMAAN KAMI

OBJEKTIF JABATAN AMAL NEGERI PERAK

• Melindungi orang awam dan harta benda daripada ancaman keselamatan dan bencana.
• Melatih sekurang-kurangnya 30% rakyat Perak dengan pengetahuan dan kemahiran kecemasan.
• Melibatkan rakyat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan, pertolongan cemas, perjuang hak asasi manusia
  dan keadilan sebenar sejajar ajaran Islam (bencana dan keselamatan negara).
• Menyedia dan mengurus perkhidmatan kecemasan dan bencana.

KAITAN RAKYAT

Bencana dan kemalangan
–      Mendidik dan melatih rakyat Perak akan semangat, prinsip, tindakan dan kemahiran bantuan bencana dan kemalangan.
–      Membantu badan-badan lain (GO dan NGO) di dalam proses menyelamat dan mengeluarkan mangsa, mengawal lalulintas, merawat, memulih dan mengambil tindakan bagi memastikan semua nyawa terpelihara.
Kebakaran
–      Mendidik dan melatih rakyat Perak akan bahaya, pencegahan, pemadaman dan penyelamatan mangsa dan harta benda kebakaran.
–      Membantu badan-badan lain (GO dan NGO) untuk menyelamat mangsa, memadam dan mencegah api kebakaran.
Kecemasan lain
–      Mendidik dan melatih rakyat Perak akan semua langkah-langkah pertolongan cemas dan pelbagai kecemasan lain.
–      Membantu di dalam rawatan perubatan, mencegah penyakit merebak atau berjangkit, pencegahan serangan haiwan/serangga berbisa dan bahaya.
Khidmat kemanusiaan
–      Membantu badan-badan lain (GO dan NGO) di dalam pengagihan bantuan kebajikan, gotong royong, pemulihan emosi dan persekitaran serta kaunseling, kawalan keselamatan dan apa jua langkah yang dapat mencegah dan memulihkan bencana serta menjamin keharmonian rakyat.

PERANAN RAKYAT

Menyemai semangat kesukarelaan, sedia memberi bantuan dan pertolongan serta menghargai nyawa dan
  harta benda milik bersama.
• Melibatkan diri atau menyertai organisasi yang berteras perkhidmatan bantuan seperti JPA3 bagi menimba
  ilmu dan pengalaman menghadapi sebarang kemungkinan risiko.
• Mendapatkan latihan dari organisasi latihan yang boleh memberi pengetahuan dan prosedur selamat
  dalam memastikan keselamatan diri dan rakyat.

PERANAN JABATAN AMAL PERAK

• Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan, kebajikan dan sebagainya.
• Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin anggota-anggota Jabatan Amal Perak.
• Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

LATIHAN-LATIHAN  ANGGOTA JABATAN AMAL PERAK

Latihan Asas

· Kursus Asas Rikrut Jabatan Amal Perak - 84 jam / 40 minggu (10 bulan)

Ø Disiplin Amal 2 jam

Ø Asas Aqidah 2 jam

Ø Asas Ibadah 2 jam

Ø Asas Akhlak 2 jam

Ø Adab Komunikasi 2 jam

Ø Bahasa Komunikasi 2 jam

Ø Latihan Kawad 4 jam

Ø Kawad Trafik 3 jam

Ø Asas Pertolongan Cemas 2 jam

Ø Asas Rawatan 4 jam

Ø Pengurusan Perkhemahan 2 jam

Ø Ikatan dan Gadjet 3 jam

Ø Sukan dan Rekreasi 2 jam

Ø Permainan dan Sukan 2 jam

Ø Sajian dan Pemakanan Seimbang 2 jam

Ø Latihan Memasak 2 jam

Ø Asas Teknikal 2 jam

Ø Asas Elektrik 2 jam

Ø Penilaian Pemerhatian Rikrut 42 jam / 20 minggu (5 bulan)

-Komitmen

-Ibadah dan Akhlak

· Kursus dan Ujian Amal KAKA Tahap 1 - 50 jam

· Kursus dan Ujian Amal KAKA Tahap 2 - 50 jam

· Kursus dan Ujian Amal KAKA Tahap 3 - 50 jam

· Kursus dan Ujian Amal KAKA Tahap 4 - 50 jam



Latihan Kemahiran Khas Mengikut Unit / Kor

· Latihan Medic Tahap 1 -48 jam (2hari)

· Latihan Medic Tahap 2 -48 jam (2hari)

· Latihan Medic Tahap 3 -48 jam (2hari)

· Latihan Litar Aras Tinggi 1 -48 jam (2hari)

· Latihan Litar Aras Tinggi 2 -48 jam (2hari)

· Latihan Asas Kebombaan dan Penyelamat -48 jam (2hari)

· Latihan Trafik & Lalulintas -48 jam (2hari)

· Latihan Pengurusan Keselamatan Fizikal -12 jam (1/2 hari)

· Latihan Kejurulatihan Kawad Kaki -48 jam (2hari)

· Latihan Pentadbiran Bantuan Bencana -6 jam

· Latihan Kejuruteraan & Kemahiran -Bergantung kepada KOR

· Latihan Semboyan & Maklumat -Bergantung kepada KOR

· Latihan Kor Tarbiyah -Bergantung kepada KOR

· Latihan Pengurusan Logistik -Bergantung kepada KOR

· Kursus Istiadat dan Protokol -48 jam (2hari)



Latihan Tambahan

· Latihan Scuba Diving Asas -10 hari (240jam) / 20 kali Sabtu dan Ahad

· Latihan Scuba Diving (Under Water Maneuver/SAR) -10 hari (240jam) / 20 kali Sabtu dan Ahad

· Latihan Penyelamat Air (Bronze Medalion) -240 jam / 10 hari (24jam)