DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

12 Mac, 2016

MEMAHAMI MACHIAVELLISME YANG DI ANUTI OLEH SEGELINTIR AHLI PAS

Dr. Danial Zainal Abidin pernah menjelaskan perkara mengenai Machiavellisme di dalam Program Halaqah dan ia telah menarik perhatian kami. Apakah sebenarnya Machiavellisme?

Machiavellisme merupakan falsafah tentang kenegaraan dan pemerintahan. Falsafah ini dicetuskan oleh Nicollo Machiavelli. Aliran falsafah ini menganggap bahawa segala sesuatu yang dilakukan demi pemerintahan dan negara, apapun itu, adalah sah dan baik untuk dilakukan. Dalam bahasa mudahnya ialah "Matlamat Menghalalkan Cara". Untuk mencapai sesuatu yang baik jika caranya salah ia adalah tidak mengapa. Ia juga mempopularkan perkataan "Collateral Damages" iaitu kerosakan/kematian yang tidak disengajakan demi mencapai matlamat yang baik. Machiavellisme menjadi dasar sebuah pemerintahan yang absolut dan otoriter. Sesuai dengan Oxford Dictionary, istilah ini diambil dari buku Machiavelli yang berjudul The Prince.

Dari segi moral, Machiavellisme dipandang sebagai falsafah yang menekankan nilai guna saja atau pragmatis. Machiavellisme mencapai titik kejayaannya pada abad 16. Pada abad ini Machiavellisme merupakan gejala asing yang menyerang dunia politik Eropah. Muncul dari Itali kemudian mempengaruhi ahli politikus-politikus di Perancis. Konteks di Perancis adalah pada tahun 1572 terjadi pembunuhan martir Santo Bartolomeus. Ini dipandang sebagai hasil dari pandangan Machiavellisme. Kenyataan ini didukung dengan terbitnya buku Discours contre Machiavelli yang ditulis oleh kelompok Heugenots 4 tahun setelah peristiwa itu. Selain dalam bidang politik pemerintahan, Machiavellisme juga memengaruhi bidang psikologi.

Ia juga dikatakan mempengaruhi bidang perubatan dimana untuk menyelamatkan satu nyawa misalnya si ibu maka si anak dalam kandungan boleh ditamatkan riwayatnya. Perkara ini amat popular diguna pakai dalam bidang perubatan. Namun di Malaysia, Machiavellisme dalam perubatan telah dapat dibendung dengan panduan Majlis Fatwa Kebangsaan yang amat proaktif dalam perkara-perkara ini. Walau bagaimanapun masih ada orang awam wanita yang beragama Islam yang membuat perancangan keluarga dengan menjalankan proses Bilateral Tubal Ligation BTL (memotong dan mengikat tiub fallopio) tanpa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dengan sewenang-wenangnya membuat prosedur tersebut sedangkan di dalam keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ianya hanya dibenarkan jika ia diperlukan dan penyakit itu boleh menyebabkan kemudaratan yang serius atau kematian. 

Dari sudut konteks politik di dalam PAS hari ini pula, terdapat segelintir manusia yang memegang falsafah ini di dalam PAS. Demi memenangkan Islam mereka merasakan membuat gerakkerja membencikan individu, penganiayaan atau pemfitnahan kepada peribadi dan individu-individu yang merupakan musuh politik mereka adalah dihalalkan walaupun pada asasnya ialah salah atau haram. Perkara inilah yang sedang dihapuskan oleh Tuan Guru Dato' Harun Din dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang iaitu dengan membawa dan melaksanakan budaya politik Matang dan Sejahtera.. 

Mungkin Dewan Ulamak PAS Malaysia perlu membuat kajian dan melaksanakan gerakkerja yang perlu menghapuskan isme-isme yang datangnya dari luar PAS ke dalam parti ini, Sebelum isme-isme ini menjadi barah kepada PAS itu sendiri. Machiavellisme yang datang bersama ahli-ahli PAS dari pelbagai latar belakang tarbiyah yang bukan dari PAS adalah punca kenapa kelmarin PAS agak sedikit kecoh seperti bahtera dilambung ombak..  

Wallahuallam..


04 Januari, 2016

AHLI AMAL PERLU RAJIN QIAMULLAIL

Sebagai mata rantai perjuangan Islam dan Rasulullah SAW, anggota Jabatan Amal Malaysia Kontijen Negeri Perak perlulah rajin mengerjakan qiamullail demi mendapatkan tenaga dan ketetapan iman dalam memberikan khidmat untuk kemanusiaan demi Allah SWT. BERAMAL KERANA ALLAH...

Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.

Kelebihan Orang Yang Sering Berqiamullail:


Banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah Qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)
Ketika melakukan digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :-
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Witir
Disebut juga di dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:
[1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Untuk Rujukan Lanjut Bagaimana Untuk Melaksanakan Qiamulail sila ke link tersebut: