DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

31 Julai, 2014

ISU WHATAPPS : ALP AMAL PERAK LEBIH TERKEHADAPAN DARI INDUKNYA

Dalam kesibukan umat Islam meraikan Eidulfitri ini, tumpuan seluruh ahli PAS tertumpu kepada kebocoran maklumat dari whatapps kepimpinannya. Hampir dua tahun Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menyatakan bantahan penggunaan whatapps dan segala media sosial secara berleluasa di semua peringkat kepada kepimpinannya di Jabatan Amal Malaysia (Pusat), Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak dan Kepimpinan Pejabat Perhubungan PAS Perak.

Risiko kebocoran maklumat dalaman, salah tafsiran kepada maklumat yang disebarkan dan maklumat dimanipulasi untuk tujuan menjatuhkan jemaah adalah diantara risikonya apabila hampir kesemua ahli PAS menggunakan whatapps dalam kehidupan seharian mereka. Sikap suka menyebarkan atau memanjangkan (forward) mesej-mesej dan isu hangat kepada group tanpa berfikir akan impaknya dan sikap nak tunjuk handal kepada jemaah amat mendedahkan lagi jemaah ini kepada tangan-tangan yang sentiasa bersedia untuk menampar kita.

Hari ini Allah SWT telah menunjukkan kebenarannya akan apa yang telah dibantah dan ditegaskan oleh ALP jabatan ini. "Dari dulu lagi kami dah tegur jangan ghairah sangat menggunakan whatapps dan pelbagai media sosial.. sikit-sikit whatapps.. panggilan bertugas dalam whatapps.. panggilan mesyuarat dalam whatapps.. bahkan ada yang menghantar maklumat peribadi dan minit mesyuarat melalui whatapps.. sekarang tengok kesannya.." kata Saudara Rizal Timbalan Pengarah 2 Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak ini telah menerima bermacam kutukan dan sindiran apabila tidak menggalakkan ahlinya menggunakan whatapps.. "Kami dikata kolot, kuno dan ketinggalan zaman kerana tiada whatapps.. tengok kesannya sekarang, inilah padahnya jika teguran dan peringatan orang bawahan tidak diambil peduli.." Timbalan Pengarah 2 itu menambah lagi.

Menurut beliau lagi sejak penggunaan meluas whatapps dan pelbagai media sosial oleh ahli-ahli PAS, kualiti gerakerja PAS semakin merosot. Ahli-ahli amal juga lebih kerap lari dari tempat tugasan dan membuang masa membaca dan update status di dalam whatapps dari menjalankan tugas. Ahli amal juga telah terpengaruh dengan poligam (politik gambar) "Kerja tak tara mana tapi bergambar bukan main" katanya..Hebahan ceramah, aktiviti dan segalanya semua melalui whatapps dan media sosial tanpa memikirkan ramai lagi manusia yang bergelar ahli PAS yang tidak mempunyai wang untuk membeli telefon bimbit pintar dan segalanya. Kerahsiaan maklumat jemaah menjadi longgar kerana pelbagai hal dalaman dibincang di dalam group-group whatapps dan media sosial yang membuahkan hasil kecohnya jemaah ini..

Mungkin kita perlu memberikan satu garis panduan kepada ahli-ahli PAS tentang had-had dalam penggunaan whatapps dan pelbagai media sosial.. "Teknologi ini dicipta dan dikawal selia oleh orang kafir, nasrani dan yahudi untuk menelanjangkan kita, saya rasa kesan ketagihan berwhatapps dan bermedia sosial ini lebih teruk lagi dari merokok, mungkin kita perlu buat kempen katakan Tak Nak pada whatapps dan media sosial" tambah Timbalan Pengarah 2 tersebut lagi..

Tiada ulasan: