DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

18 Mac, 2015

AHLI AMAL DISARAN AMBIL IKTIBAR SEJARAH 4 KHALIFAH

"Sebagai seorang anak apabila ibubapa kita bertengkar, jangan kita pula yang menjadi batu apinya, sebelah itu ayah dan sebelah lagi itu ibu, kena ada kasih sayang kepada keduanya, jika tidak hancurlah keluarga" itulah kata Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak Al-Ameed Arif bin Sha'arani yang memberikan pesanan kepada semua ahli Amal Perak supaya bersikap 'neutral' dalam krisis terkini.

"Krisis ini tidak seberat yang digemburkan di dalam media namun ada pihak yang sengaja memperbesarkan isu ini demi untuk melihat Gerakan Islam seperti PAS ini terus jatuh dan tidak bangun kembali" Itu pula kata-kata ayahanda Pak Rahim yang sentiasa meminta anak-anak Amal Perak supaya bersikap positif dan menjaga nama baik jemaah.

Islam telah disabotaj sejak berzaman oleh golongan munafiq dan gerakan Zionis yang telah membuat perancangan yang benar-benar rapi dan teratur. Ia adalah sebuah konspirasi yang terancang sejak berzaman. Oleh yang demikian berfikirlah dengan fikiran yang waras, supaya kita tidak dihadapkan dihadapan Allah SWT kerana berdosa membantu perancangan mensabotaj Islam itu sendiri. Ambil iktibar dari kisah Khalifah Ar- Rasyidin.. Jika sahabat Rasulullah SAW juga disabotaj dan dibunuh inikan pula kita.


Khalifah Ar-Rasyidin Disabotaj dan Dibunuh

Saidina Abu Bakar

Para ulama berbeza pendapat tentang penyebab kematian Abu Bakar. Ada yang berpendapat bahawa sebab kematian Abu Bakar adalah sakit yang disebabkan oleh karena beliau mandi pada cuaca yang sangat dingin.

Tetapi ada yang berpendapat bahawa Abu Bakar meninggal karena diracun oleh Yahudi setahun sebelum wafatnya.

Sebagaimana yang boleh kita baca dalam kitab tarikh al-Khulafa’ (1/74, MS) karangan Imam as-Suyuthi dan tarikh ath-Thabari.


As-Suyuthi berkata, “Ibnu Sa’ad dan al-Hakim meriwayatkan dengan sanad shahih dari Ibnu Syihab bahawa Abu Bakar dan al-Harits bin Kildah makan makanan yang dihadiahkan kepada Abu Bakar. al-Harits berkata: Angkat tanganmu wahai khalifah Rasulillah. Demi Allah di makanan ini ada racun yang membunuh dalam setahun. Saya dan Anda akan mati pada satu hari yang sama.

Saidina Umar al Khattab

Pada 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Saidina Umar al Khattab dibunuh oleh Abu Lu’lu’ dalam masjid ketika menjadi imam sembahyang subuh. Setelah menikamnya sebanyak 6 kali maka Abu Lu’lu’ cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada dibelakang Umar al Khattab. Abu Lu’lu’ seorang majusi yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan berdendam dengan Saidina Umar, dia bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam 13 orang sebelum membunuh diri.

Dalam keadaan luka parah dan menahan kesakitan Umar al Khattab menyuruh Abdul Rahman Auf menjadi imam sembahyang. Selesai sembahyang baru mereka mendapatkan Umar al Khattab yang sedang terbaring berlumuran darah.


Saidina Uthman Bin Affan

Saidina Uthman mati dibunuh pada petang khamis 16 Zulhijjah tahun 35 hijrah dan dimakamkan pada hari jumaat keesokannya pada usia 80 tahun atau 82 tahun. Menjadi khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Meninggalkan 16 orang anak iaitu 9 lelaki dan 7 perempuan.

Saidina Uthman dibunuh oleh oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’ (seorang yahudi yang memeluk Islam). Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

Ibn al-Musayyib menjelaskan bahawa terhadap 7000 bangsa Mesir datang mengadu kepada Uthman ra. mengenai gabenor mereka Ibn Abi Sarh yang zalim.

Maka Uthman pun berkata : Pilihlah seseorang yang akan memerintah kamu. Lalu mereka memilih Muhammad ibn Abi Bakr. Uthman ra. menulis perlantikan untuknya dan merekapun kembali.

Didalam perjalanan pulang, yang mengambil masa perjalanan 3 hari dari Madinah, seorang hamba hitam bertemu mereka dengan membawa berita bahawa terdapatnya arahan dari Uthman ra. kepada Gabenor Mesir. Mereka mengeledahnya dan mendapati surat dari Uthman ra. kepada Ibn Abi Sarh mengarahkan kematian Muhammad ibn Abi Bakr dan beberapa orang sahabatnya.

Merekapun kembali ke Madinah dan mengepong Uthman ra. Mereka mendapati bahawa unta, hamba hitam dan cop mohor adalah kepunyaannya, akan tetapi Uthman ra. bersumpah bahawa dia tidak menulis surat tersebut atau mengarahkan agar surat tersebut ditulis. Diketahui bahawa surat tersebut ditulis tangan oleh Marwan ibn al-Hakam. Uthman ra. telah dikepong selama 22 hari dimana beliau enggan menyerahkan Marwan dan enggan mengundurkan diri.

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh Saidina Uthman. Pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

Saidina Uthman dibunuh oleh pemberontak yang merempuh masuk ke rumahnya dalam keadaan Mushaf Al-Quran ditangan dan isterinya ditetak keseluruhan jari dipercayai kerana mempertahankan suaminya.

Saidina Ali Bin Abi Talib

Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijrah, Kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan.

Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.

Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali kerana pada pandangan Saidina Ali keadaan kerajaan dahulu perlu diperkukuhkan dan segala krisis perlu diredakan dahulu, Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657. Bukan sahaja Muawiyah enggan menerima Saidina Ali sebagai khalifah, malah dia turut menuduh Saidina Ali sebagai gagal untuk mencari dan menyiasat pembunuh Sayyidina Uthman (pak ciknya).

Keadaan ini telah diambil peluang oleh golongan Khawarij untuk melaksanakan satu perancangan jahat untuk membunuh Saidina Ali.

Pada Hari Jumaat, pada waktu subuh di Bulan Ramadhan 40 H, Abdurahman bin Muljam beserta kumpulannya yang telah bersembunyi semalaman mencuba membunuh Ali.

Pedang Abdurahman bin Muljam meninggalkan luka yang sangat serius di kepala Ali. Tabib Atsir bin Amr as-Sukuni menyatakan bahawa lukanya sudah tidak mungkin diubati dan akan menyebabkan kematian.

Ali hanya bertahan 3 hari setelah terluka itu dan kemudian meninggal pada tanggal 21 Ramadhan 40 H. (Lihat: Ali ibn Abi Thalib, ash-Shalabi, 3/188-194, MS)

Tiada ulasan: