DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

20 Oktober, 2012

BAHAYANYA OPPUTUNIS DALAM JEMAAH ISLAM

Oportunisme adalah suatu aliran ,pemikiran yang menghendaki pemakaian kesempatan menguntungkan dengan sebaik-baiknya, demi diri sendiri, kelompok, atau suatu tujuan tertentu. Oportunisme adalah tindakan bijaksana yang dipandu terutama oleh motivasi mementingkan diri sendiri. Istilah ini dapat diterapkan untuk individu, kelompok, organisasi, gaya, perilaku, dan tren. Hal ini mungkin dipinjam dari ekspresi Italia opportunism (yang pada abad ke-19 politik Italia bererti "mengambil keuntungan dari keadaan yang berlaku") atau dari Republik oportunis di Perancis, dan memasuki bahasa Inggris di 1870-an.

Istilah oportunisme pada mulanya merupakan julukan untuk sistem pemerintahan Gambetta, seorang republikan di Perancis. Sistem ini bermula ketika ia tidak mau berkompromi untuk mengorbankan prinsip-prinsip tertentu parti republikan dalam masalah-masalah yang dihadapinya.

Takrif Oportunis melalui Kamus Dewan Edisi Keempat: orang yg suka mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan, terutamanya utk kepentingan peribadi.

Takrif Oportunisme melalui Kamus Dewan Edisi Ketiga : sikap suka atau pandai mencari dan menggunakan kesempatan daripada sesuatu keadaan, terutamanya utk kepentingan diri sendiri.

Di dunia ini terdapat pelbagai jenis orang dengan karakter dan sifatnya masing-masing. Orang yang selalu mencari keuntungan bagi peribadinya dan menombor-duakan kepentingan yang lain, sekali pun ia kepentingan majoriti. Orang seperti ini sering kali bermuka dua dan menjadi penjilat demi meraih kepentingan dirinya.

Dalam istilah agama Islam, sikap seperti ini tergolong kepada sifat nifak atau munafik.
Rasulullah saw bersabda, "Ciri munafik itu ada tiga, yaitu jika berkata dia berdusta, jika berjanji dia menyalahi dan jika dipercaya dia khianat". (HR. Bukhari)

Mereka yang oportunis sering kali bersikap manis jika berhadapan dengan kepentingan dirinya dan sebaliknya jika tidak ada keuntungan bagi dirinya, dia bersikap dingin dan tak endah. Perilaku demikian boleh dituruti/disertai dengan kedustaan, kerana perwatakan luarannya tidak menyamai dengan dalam hatinya. 

Maka wajar Allah SWT memerintahkan kepada Nabi SAW untuk tidak menerima pendapat orang munafiq. Firman Allah SWT, "Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik". (Al-Ahzab [33]: 1).

Sebaliknya Allah SWT memerintahkan untuk berpegang kepada wahyu dan senantiasa bertakwa serta bertawakal kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam ayat selanjutnya, maksudnya:

"Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhan kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara". (Al-Ahzab [33]: 2-3).

Dari ayat ini kita boleh memahami, bahawa pentingnya kita mengetahui mereka yang bersikap oportunis. Kewaspadaan kita terhadap mereka yang bersikap mencari keuntungan peribadi menjadikan kita lebih hati-hati dalam menerima pendapat mereka. Justeru itu, kita harus lebih mengutamakan untuk berpegang kepada prinsip dasar dan kepentingan khalayak yang majoriti. Setelah kita berusaha melaksanakan sesuai dengan prinsip dan keyakinan kita dalam kebaikan khalayak / majoriti, selanjutnya kita bertawakal kepada Allah SWT.

Semestinya kita wajib selalu memeriksa diri, rakan seperjuangan dan kepimpinan supaya memdapat kepastian adakah mereka dari golongan opurtunis ini, supaya perjuangan Islam tidak akan terbantut disabotaj oleh orang yang mencari kepentingan diri, kerana golongan ini tidak akan membawa maklumat / informasi yang benar (seperti pepatah: Ada Udang Sebalik Batu)sentiasa. Sejajar dengan Firman Allah SWT, yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al-Hujurat [49]: 6). 

Ciri-ciri Golongan Opurtunis

01. Elitis Dan Egois. 
-sukar melihat orang lain lebih dari sudut populariti, wang atau sebagainya.

02. Suka Melihat Orang Lain Dihentam.
-sentiasa menyiasat dan mencari poin penting untuk membuka aib orang lain dan memberikan ruang orang lain dihentam dikhalayak ramai.

03. Syok Sendiri.
-sentiasa memberikan ucapan, membuat aktiviti atau program yang menaikkan, mempromosikan dan melonjakkan diri walaupun secara tidak langsung (Indirect).

04. Budaya 'Check In'/'Check Out' Dan 'Punch Card' 
- hanya tunjuk muka bila pemimpin besar dan berpengaruh ada/hadir.

05. Suka 'Enter Frame'/ Gemar Mengambil Kredit Atas Usaha Orang Lain.
- sikap ini sama dengan istilah “poligam”. 

06. Budaya 'Politik Sate'. 
- CUCUK pemimpin yang mudah mempercayai mereka dan KIPAS pemimpin tersebut secukupnya. Selalunya golongan ini tidak memberikan orang lain ruang untuk mendekati pemimpin mereka. Seperti mana meletakkan satay itu pada api mereka akan mengapi-apikan pimpinan supaya jangan percayakan orang lain selain mereka. Selalunya golongan inilah pencetus pemimpin jemaah Islam bertelagah.

07. Baling Batu Sembunyi Tangan.
- sentiasa mensabotaj (directly / indirectly) program, aktiviti atau sebagainya orang lain supaya menampakkan orang lain tidak mampu menjalankan kerja dengan baik. Sentiasa melakukan surat layang, sms tidak bernama atau tidak berani bersemuka. 

08. Budaya 'Yes Man' / 'Yes Bos'
- sentiasa memberikan jawapan YA/Boleh (bersetuju) apabila di dalam mesyuarat/berhadapan namun bercerita  lain apabila diluar mesyuarat/di belakang (mesyuarat di luar mesyuarat/keputusan di luar mesyuarat).  

09. Talam Dua Muka
- Kebiasaannya golongan ini akan cenderung melakukan pembocoran idea, maklumat dan sebagainya untuk pertukaran wang, kenderaan dan sebagainya kepada musuh. Golongan ini sentiasa bermulut manis secara hadapan tidak akan sekali memberikan komen secara berhadapan kerana takut hati pemimpin terluka (takut hilang peluang).

10. Sikap Menghalalkan Cara
- Kononnya atas restu/arahan/pendapat ulama atau pemimpin tertinggi segala tindakan mereka ini dihalalkan walaupun ianya satu tindakan yang tidak masuk akal, tidak berfaedah dan merugikan Jemaah.

11. Masalah Amanah
- Majoriti opurtunis di dalam Jemaah Islam ada masalah amanah (pecah amanah), menggunakan wang infaq untuk keseronokan/kepentingan diri sendiri. Membelanjakan wang infaq tanpa rekod dan terlalu ambil mudah perbelanjaan wang infaq. Menggunakan harta/kenderaan/peralatan infaq untuk kegunaan peribadi. 

Sekiranya anda merasakan diri anda ada 11 ciri-ciri diatas bertaubatlah kerana anda tergolong dalam opurtunis atau jika anda melihat 11 ciri-ciri ini terdapat pada pemimpin anda maka tegurlah dia jika dia menerima dengan terbuka maka dia adalah pemimpin yang baik, jika dia bentak, memarahi atau lebih buruk lagi memulaukan anda maka anda buatlah tindakan asalkan ia tidak memburukkan, menjatuhkan dan merugikan jemaah.

Pernah satu ketika dimana Saidina Umar al-Khattab ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Maka orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik dan janggal. Mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?" lantas Saidina Umar menjawab, " Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi teguran dia kepadaku adalah benar." 

"Janganlah Melihat Kepada Siapa Yang Menegur, Tetapi Lihatlah Apa Yang Ditegur"

Lihat! Saidina Umar seorang nama besar dalam Islam, sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga dan pemimpin yang dihormati, pun mampu menerima teguran seorang

peminum arak. Tetapi kita? Baru sahaja dilantik sebagai pimpinan Jabatan Amal Malaysia, ALP Negeri, Amal Kawasan dan sebagainya sudah tak boleh ditegur langsung? Adakah kita setaraf dengan para sahabat sehingga tidak boleh ditegur? Adakah kita setaraf dengan Saidina Umar Al-Khattab. 

Sebagai manusia biasa yang sering melakukan kesilapan kenapa kita begitu angkuh sehinggakan tak mahu menerima teguran orang lain.

Bukan niat untuk menyindir sesiapa tetapi hanyalah peringatan buat diri sendiri dan teman-teman.

Kita perlu berubah! Perlu ringankan lidah dalam menegur tapi dalam pada masa yang sama hendaklah berlapang dada sekiranya ditegur. Namun perlu diingat! Elakkan menegur di khalayak ramai dan menggunakan bahasa yang kurang sopan..

Wallahuallam…

Tiada ulasan: