DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

22 Disember, 2013

KENTALNYA MEREKA INI...

Hampir setiap hari keluar mencari rumah untuk dicuci, dibersih dan dibantu. Dibantu dengan penghantaran makanan bermasak pada waktu pagi, mencuci rumah mula pada 10 pagi hingga ke petang hari. Mampukah anda melakukannya dengan meninggalkan keluarga, kesenangan, keselesaan dan tilam yang empuk di rumah.

Tetapi mereka ini sanggup tinggalkan segalanya demi memartabatkan Allah, Syiar Islam dan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Setelah bertungkus-lumus di Kerdau, Pahang membantu mangsa banjir di sana selama seminggu, mereka beralih ke Bera, Pahang buat beberapa hari dan pindah pula ke Kemaman, Terengganu (selama 2 minggu) untuk melaksanakan bantuan banjir bagi pihak Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Perak.

Baru sahaja balik berehat di rumah telah dipanggil pula untuk misi mencari mangsa di Karai, Kuala Kangsar..

Dengan tiada ganjaran gaji, elaun dan apa-saja jenis ganjaran mereka ini keluar bertugas demi Allah, Syiar Islam dan memenangkan Islam. Bagaimana anda ahli-ahli PAS yang mengaku Islam dan memperjuangkan Islam membalas jasa mereka terpulanglah kepada anda..





MISI MENCARI MANGSA LEMAS : SUNGAI KARAI, KUALA KANGSAR, PERAK

Misi mencari mangsa lemas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika memancing selepas zohor 20 Disember 2013 yang lalu... Berkat doa sahabat-sahabat Allah telah permudahkan semua usaha mencari...  

Lokasi: Karai Kuala Kangsar 



LAPORAN AL-JAZEERA TENTANG KESUSAHAN RAKYAT MALAYSIA


BAHANA TAKSUB KEPADA KEPIMPINAN SECARA MEMBUTA-TULI

MACAM MANA KAMI NAK KAHWIN... TUAN....

Satu pertanyaan yang agak menggelikan hati berlaku semasa berhenti rehat selepas Operasi Banjir di Bera, Pahang.. Seorang yang di gelar TUAN yang asyik menasihatkan beberapa orang ahli unit amal yang masih bujang di soal secara spontan oleh salah seorang darinya.. Dengan soalan "macam mana kami nak kahwin.. TUAN?".  TUAN tersebut menjawab "Carilah jodoh!". "Macam mana nak cari kalau semuanya minta mahal-mahal.. TUAN!" jawab salah seorang dari mereka. "Alah! Carilah anak jemaah" kata si TUAN. "Yang saya masuk meminang baru ni anak jemaah la TUAN tapi berdentum juga RM10,000.00 hendaknya" kata salah seorang lagi.. MAKLUMLAH LEPAS PILIHANRAYA, SEMUA HARGA BARANG NAIK..

Inilah dilema yang dihadapi oleh ahli-ahli unit amal yang sekarang di Negeri Perak semakim ramai yang mencecah 30an tetapi masih belum berkahwin.. Tapi nak kahwin pun takut jugak semua harga barang dah naik.

Bil elektrik naik, minyak naik lepas ni apa lagi la yang naik..