DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

22 Disember, 2013

KENTALNYA MEREKA INI...

Hampir setiap hari keluar mencari rumah untuk dicuci, dibersih dan dibantu. Dibantu dengan penghantaran makanan bermasak pada waktu pagi, mencuci rumah mula pada 10 pagi hingga ke petang hari. Mampukah anda melakukannya dengan meninggalkan keluarga, kesenangan, keselesaan dan tilam yang empuk di rumah.

Tetapi mereka ini sanggup tinggalkan segalanya demi memartabatkan Allah, Syiar Islam dan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Setelah bertungkus-lumus di Kerdau, Pahang membantu mangsa banjir di sana selama seminggu, mereka beralih ke Bera, Pahang buat beberapa hari dan pindah pula ke Kemaman, Terengganu (selama 2 minggu) untuk melaksanakan bantuan banjir bagi pihak Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Perak.

Baru sahaja balik berehat di rumah telah dipanggil pula untuk misi mencari mangsa di Karai, Kuala Kangsar..

Dengan tiada ganjaran gaji, elaun dan apa-saja jenis ganjaran mereka ini keluar bertugas demi Allah, Syiar Islam dan memenangkan Islam. Bagaimana anda ahli-ahli PAS yang mengaku Islam dan memperjuangkan Islam membalas jasa mereka terpulanglah kepada anda..





Tiada ulasan: