DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

22 Disember, 2013

MACAM MANA KAMI NAK KAHWIN... TUAN....

Satu pertanyaan yang agak menggelikan hati berlaku semasa berhenti rehat selepas Operasi Banjir di Bera, Pahang.. Seorang yang di gelar TUAN yang asyik menasihatkan beberapa orang ahli unit amal yang masih bujang di soal secara spontan oleh salah seorang darinya.. Dengan soalan "macam mana kami nak kahwin.. TUAN?".  TUAN tersebut menjawab "Carilah jodoh!". "Macam mana nak cari kalau semuanya minta mahal-mahal.. TUAN!" jawab salah seorang dari mereka. "Alah! Carilah anak jemaah" kata si TUAN. "Yang saya masuk meminang baru ni anak jemaah la TUAN tapi berdentum juga RM10,000.00 hendaknya" kata salah seorang lagi.. MAKLUMLAH LEPAS PILIHANRAYA, SEMUA HARGA BARANG NAIK..

Inilah dilema yang dihadapi oleh ahli-ahli unit amal yang sekarang di Negeri Perak semakim ramai yang mencecah 30an tetapi masih belum berkahwin.. Tapi nak kahwin pun takut jugak semua harga barang dah naik.

Bil elektrik naik, minyak naik lepas ni apa lagi la yang naik..



Tiada ulasan: