DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

12 Ogos, 2014

LUANGKAN 10 MINIT DARI MASA ANDA UNTUK MENJADI CERDIK

Curaian & Olahan Maklumat dari Ceramah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Mohd Nasaie Ismail di Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak 2014


TERIMA KASIH di ucapkan kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Mohd Nasaie Ismail yang sudi hadir dalam slot ceramah kepada semua peserta Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak 2014

Satu penjelasan yang jelas telah diberikan kepada kami di Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak atas perkembangan terkini dalam arena politik di Malaysia. Sebagai sebuah jabatan di bawah naungan Dewan Pemuda PAS kami juga tidak terkecuali bertubi-tubi ditanya dengan pelbagai persoalan oleh anak-anak buah dan kami bertindak untuk mengelakkan diri untuk menjawab kerana memang tak tahu.

Namun melalui ceramah Setiausaha DPP ini selama satu jam, kami jelas dan malah lebih jelas dari sebelum ini.. Kebijaksanaan beliau mengulas dan menjelaskan fakta amat dikagumi. Dengan penjelasan fakta berkaitan Sosioekonomi, Kuasa Besar Dunia dan Pemonopolian Hasil Bumi menjadi punca kepada tekanan kepada dunia Islam.



Beliau menjelaskan kenapa dan mengapa dunia Islam perlu ditekan oleh kuasa barat:
  1. Menghalang Pengembangan dan Kebangkitan Sebuah Empayar Islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang mampu menguasai 2/3 dunia.
  2. Menguasai Ekonomi Dunia, mereka yang menguasai ekonomi dunia akan menguasai dunia itu sendiri.
  3. Memonopoli Hasil Bumi dengan menguasai lautan dan politik negara-negara di lautan-lautan yang penting di dunia.


Penjelasan yang begitu berilmiah, jelas dan terperinci menarik minat semua peserta di Perkhemahan Tahunan JAM Neg. Perak 2014 sehingga ia menjadi bualan sebelum tidur pada malam itu. Malah ia masih dibualkan dan dijadikan cerita hangat diantara peserta yang hadir kepada peserta yang tidak hadir.

Tersebut ialah serba sedikit curaian kepada ceramah beliau:



Tanpa kita sedari bahawa ia adalah satu perancangan yang benar-benar terancang dengan rapi melibatkan pelbagai pihak. Mungkin sejak ratusan tahun dahulu, tidak mustahil Perang Dunia I dan II itu juga adalah satu permainan dan percaturan hebat untuk menguasai negara-negara ini. Cuba kita perhatikan peta-peta yang dilampirkan tidakkah kita perasan semua laut yang berkepentingan tinggi ini dikelilingi oleh negara-negara Islam. 

Laut Caspian dan Laut Hitam misalnya dikelilingi oleh beberapa negara Islam yang hasil buminya adalah petroleum. Dengan menguasai politik negara-negara tersebut dengan memberikan pelbagai jenis bantuan kepada parti-parti politik yang Pro-EU, Pro-US atau Pro-Russia sudah tentu ia membantu melancarkan bekalan petroleum kepada kuasa-kuasa besar dunia ini. Russia dan parti Pro-Russia mengawal negara-negara di keliling Laut Caspian dan Laut Hitam supaya bekalan dan harga petroleum boleh dikawal oleh Russia. Belian petroleum dengan harga jauh lebih murah boleh didapati dari negara-negara sekeliling laut-laut ini dan dalam masa yang sama Russia boleh mengawal negara-negara ini supaya tunduk dengan kemahuan mereka (Russia). Konflik yang berlaku di Ukraine sehingga melibatkan MH17 tidak mustahil hasil pertembungan Pemimpin Ukraine (Pro-US) dan Pemimpin Pemberontak (Pro-Russia) yang ingin mengawal dan menguasai Laut Hitam.   













Kita beralih kepada Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Laut Merah iaitu sebuah rangkaian laut yang menjadi pemisah dan penyambung antara dunia barat dan dunia Islam. Jika ditelitikan dengan baik hampir tiada negara di sebelah selatan Laut Mediterranean, Terusan Suez dan sepanjang Laut Merah ini yang diperintah oleh pemimpin parti Islam atau tinggi nilai Islamnya sejak Perang Dunia I dan II. Somalia dan Teluk Aden juga dikawal ketat oleh USA dan negara-negara pro-US dengan baik sekali. Namun sehinggalah munculnya Arab Spring, ia dikatakan akan membawa perubahan.

Apakah Arab Spring?... Arab Spring ialah gelaran kepada gelombang Kebangkitan Dunia Arab (secara harafiahnya ia bermaksud Pemberontakan Arab) iaitu satu gelombang revolusi tunjuk rasa dan protes yang terjadi di dunia Arab untuk menggulingkan pemimpin-pemimpin yang zalim, kuku besi, pro-EU dan pro-US. 

Sejak 18 Disember 2010, telah terjadi revolusi di Tunisia dan Mesir; perang saudara di Libya; pemberontakan di Bahrain, perang antara Sunni & Syiah (pro-US) di Syria, pergolakan di Yaman; bantahan besar di Aljazair, Iraq, Jordan, Maghribi dan Oman; bantahan kecil di Kuwait, Lebanon, Mauritania, Arab Saudi, Sudan, dan Sahara Barat. 

Kekecohan disempadan Israel bulan Mei 2011 juga diinspirasikan oleh kebangkitan dunia Arab ini. Bantahan ini menggunakan teknik rapat umum dan tunjuk perasaan yang melibatkan serangan, demonstrasi dan pemanfaatan media sosial, seperti Facebook, Twitter, YouTube, dan Skype, untuk mengorganisasi, berkomunikasi dan meningkatkan kesedaran terhadap usaha-usaha menjatuhkan kerajaan. Banyak perhimpunan dan tunjuk perasaan ditanggani keras oleh pihak berwajib, serta tindak balas militari dan pertembungan tunjuk perasaan dari golongan pro-kerajaan.

Gelombang Arab Spring bukan sahaja menakutkan Israel dan USA malah ia juga telah menakutkan negara-negara EU dan Russia itu sendiri, ini kerana mereka khuatiri dengan tergulingnya para pemimpin yang PRO kepada mereka, sumber petroleum dan pelbagai hasil bumi yang selama ini dibekalkan dari negara-negara ini akan terhenti ataupun mereka perlu bayar dengan lebih tinggi. Dengan kayanya negara-negara Islam dan peningkatan kesedaran Islam maka perpaduan antara negara-negara Islam akan terjalin dan sebuah empayar Islam baru akan muncul untuk menawan 2/3 dunia kembali.

Atas dasar inilah Presiden Mohamed Morsi di Mesir dijatuhkan dengan kuasa militari yang telah disogok oleh US dan Zionis (Yahudi). Tidak berhenti disitu sahaja, Recep Tayyip Erdoğan di Turki juga disabotaj untuk dijatuhkan kerana pemerintahannya yang tidak pro-US dan pro-Yahudi. Allah Maha Melindungi , Erdogan berjaya mengekalkan pemerintahannya. 



Beralih kepada Negara-negara nusantara atau ASEAN. Bagaimana ARAB SPRING mempengaruhi Nusantara (Malaysia, Indonesia, Mindanao dan Selatan Thai)..?.. Jika diteliti peta diatas Selat Melaka dan Laut China Selatan merupakan sebuah laluan laut yang popular dan selamat seperti mana Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Laut Merah. 

Majoriti rakyat yang hidup di dalam kepulauan nusantara ini (Malaysia, Indonesia, Mindanao dan Selatan Thai) pula beragama Islam tidak mustahil jika ARAB SPRING akan mempengaruhi kebangkitan Islam di negara-negara ini. Jika negara-negara ini dikuasai oleh parti-parti Islam sudah tentu kepentingan perdagangan EU, USA, British dan Israel tenggelam dan mereka perlu membayar lebih untuk teruskan perdagangan mereka.

Dengan kesedaran Islam yang tinggi, perpaduan antara semua negara-negara ini akan menjadikan ia sebuah kuasa besar di rantau Asia Tenggara dan ini amat membimbangkan negara-negara ASEAN yang Pro-US. oleh itu satu tindakan terancang dan bersepadu telah dilaksanakan sejak ratusan tahun lalu lagi untuk memastikan tiada kerajaan Islam dapat memerintah di Kepulauan Tanah Melayu ini (Malaysia dan Indonesia) kerana dua negara ini mampu mempengaruhi dan membantu satu sama lain. Atas faktor inilah rakyat Malaysia dan Indonesia sentiasa dilaga-lagakan sejak dahulu lagi bukan sahaja kerana mereka sama-sama melayu namun kerana mereka mampu membangkitkan sebuah kerajaan melayu Islam. Atas faktor inilah juga kini satu gerakan terancang yang didalangi oleh gerakan Pro-US untuk menenggelamkan semua parti Islam di Indonesia dan Malaysia. 

*Jalan cerita yang panjang namun jelas..sejelas-jelasnya.. 

Kesimpulannya:

Inilah sebabnya Kaum Tionghua dan Kaum India di Malaysia yang tidak beragama Islam ditakut-takutkan dengan fitnah-fitnah oleh ejen-ejen gerakan Pro-US, Pro-British, Pro-EU, Pro-Russia dan lain-lain sejak 1950an lagi; fikiran mereka diasak dengan keburukan kebangkitan Islam, pendidikan Islam, kerajaan Islam, hukum-hukum Islam dan sebagainya di Malaysia. Malangnya kini ada dikalangan sahabat perjuangan telah termakan hasutan syaitan-syaitan kecil ini dan mengakibatkan konflik politik timbul. 

SABDA RASULULLAH SAW:

Maksudnya : Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. 

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Tiada ulasan: