DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

07 September, 2014

JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK SENTIASA MENDOKONG PRESIDEN DAN SYURA ULAMAK



"Kami di dalam SAF KEPIMPINAN Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak tetap berdiri teguh dan beristiqamah untuk mendokong apa saja pendirian dan keputusan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama' PAS" 

BIL
 NAMA
 JAWATAN
1
YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am
2
YBhg Dato’ Dr Ustaz Haji Haron Din
Tim. Mursyidul Am
3
Ustaz Haji Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh
Setiausaha
4
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ahli
5
Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli
6
YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Ahli
7
YB Dato’ Tuan Guru Ustaz Haji Harun Taib
(hingga 25 Januari 2014, Allahyarham)
Ahli
8
YB Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob
Ahli
9
YAB Dato’ Seri Di Raja Ustaz Haji Azizan Abdul Razak
(hingga 26 September 2013, Allahyarham)
Ahli
10
Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed
Ahli
11
Dato’ Ustaz Haji Muhammed Daud Al-Iraqi
Ahli
12
Ustaz Nasrudin Hassan Thantawi
Ahli
13
Ustaz Zaharudin Muhammad
Ahli
14
Ustazah Wardah Tahir
Ahli
15
Ustazah Nadzirahhh Mohamad
Ahli
16
YB Ustaz Haji Hashim Jasin
Ahli

PATUTKAH MEREKA (ULAMAK) INI DIPERTIKAI DAN DIPERLEKEHKAN SEMATA HANYA KERANA INGIN MENJAGA KEMENANGAN/KEMASYURAN DI DUNIA ?

Sabda Rasulullah SAW seperti mana yang telah diberitahu oleh Anas bin Malik yang bermaksud : Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya. Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji.

APAKAH SELAMA INI, MEREKA (ULAMAK) INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN TIDAK AMANAH DALAM TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA ?

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :
Maksudnya : " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".

APAKAH SELAMA INI, MEREKA (ULAMAK) INI TIDAK BERLAKU ADIL ?

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila amanah diberikan bukan pada ahlinya tunggulah saat kehancuran”.

Terdapat satu kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar " pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab di Mekah, waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengembala kambingnya".
Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu : " juallah kambing itu kepadaku " budak itu menjawab : " kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku ".

Kemudian Saidina Umar sekali lagi cuba menawarnya : " Bukankah engkau dapat mengatakan kepada tuan engkau, bahawa satu di antaranya telah dimakan serigala, dan pasti tuan engkau tidak akan mengetahuinya. " Tidak, saya tidak mahu, " kata budak itu, " sesunggguhnya Allah maha mengetahui ".

Kemudian setelah mendengar yang demikian, menangislah Saidina Umar dan berkata kepada pengiringnya supaya memanggil tuannya, Saidina Umar telah membeli budak itu lalu dibebaskan oleh beliau, dengan berkata : " Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia dan engkau akan lapang di akhirat ".


APAKAH ANDA BELUM MENGETAHUI MENGENAI HUKUM INI ?


  • Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ Sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”



  • Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ Sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.” As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ Sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.



  • Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”



Tiada ulasan: