DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

08 September, 2015

ISLAM MENOLAK RASISME, BEGITU JUGA KAMI DI DALAM AMAL PERAK

Tertarik dengan video yang ditayangkan di dalam Youtube yang dihasilkan oleh Malaymail Online TV (MMOTV) yang menilai sejauh manakah rakyat Malaysia bersikap rasis. Mungkin benar Rasisme tiada dihati majoriti rakyat namun isu rasisme ini dimainkan oleh golongan politik yang berkepentingan dalam sistem pecah dan perintah. Sila tonton dahulu video dibawah :

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bersifat syumul, lengkap dan sempurna. Islam ditanzilkan oleh Allah SWT adalah untuk semua bangsa di dunia ini. Walaupun Islam diturunkan dinegara arab dan bahasa al-Quran dan hadis adalah bahasa arab tetapi ini bukan bermakna Islam hanya mengutamakan bangsa arab sahaja .

Islam datang menyatukan semua bangsa, walaupun berlainan bahasa, perbezaan warna kulit dan keturunan. Islam tidak pernah mengagongkan satu-satu bangsa dan menganggap bahawa semua bangsa adalah sama kerana orang yang paling mulia dikalangan manusia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa kepada-Nya.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al- Hujurat ayat 13)

Dalam hadis-hadis sahih terdapat larangan dari sikap asabiyyah dan mengajak kepada asabiyyah seperti asabiyyah perkauman yang sempit, berjuang di bawah panji perjuangan yang kabur, sekular, sesat dan bidah serta pilih kasih (disebut dalam hadis sebagai ‘asabiyyah ‘immiyyah dan qitlah jahiliyyah).

14 روايةً. م الإمارة 3440 حَدَّثَنَا هُرَيْمُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مِجْلَزٍ عَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ((مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ)). *

Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” (Hadis Sahih Muslim, al-Imaarah, hadis 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Dilarang segala bentuk ‘asabiyyah perkauman, kenegerian, bangsa, keluarga, kecuali kecintaan kepada agama Allah. Hanya bendera Islam yang diterima dan diizinkan, dilarang marah kerana kaum, negara, bangsa, keluaraga, kebendaan, ideologi, sistem selain Islam. Segala perjuangan, seruan, dan pergerakan jahiiyyah adalah haram kecuali perjuangan Islam.

Dalam riwayat Abu Dawud dinyatakan bahawa ‘asabiyyah ialah membantu kaum atau bangsa sendiri melakukan kezaliman iaitu syirik dan maksiat. (al-Sunan, al-Adab, hadis 4456.)

‘Asabiyyah juga sinonim dengan sifat pilih kasih dan berat sebelah dalam sesuatu perkara, memberikan hak kepada orang yang tidak berhak.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam doa iftitah semasa solat sering kita baca doa maksudnya : "Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Semesta Alam. Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam."

Namun ada juga segelintir umat Islam yang tewas dengan godaan syaitan yang sentiasa ingin menyelitkan unsur yang menyesatkan kita dari jalan Allah yang sebenar dan salah satunya ialah perasaan 'assabiyah atau dalam bahasa kini RASISME / PERKAUMAN..

Anggota Jabatan Amal Malaysia diseru untuk membuang sejauhnya sikap, sifat dan akhlak 'assabiyah yang buruk ini baik di dalam kehidupan seharian dan juga di dalam alam maya (media sosial dsbnya)..

Jangan contohi sikap-sikap buruk seperti dibawah:





Tiada ulasan: