DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

08 September, 2015

JANGAN GUNA AYAT BODOH - TIMBALAN PENGARAH 1 J.A.M. PERAK

Marah dengan sikap segelintir ahli PAS yang sering menggunakan alasan bahawa PAS merupakan sebuah parti politik sehinggakan keluarnya satu ayat "Sheikh, kerja ini bukan bergaji.. rileks la.. Jangan la serius sangat".. Timbalan Pengarah 1 Nurul Muhammad Rizal menyatakan ia adalah satu ayat paling bodoh yang pernah beliau dengar sepanjang hidupnya dan sepanjang menjadi ahli PAS dan ahli Jabatan Amal Malaysia.

"Hampir separuh umur saya dalam PAS ini, inilah kali pertama satu ayat paling bodoh keluar dari mulut seorang ahli PAS, tolong jangan guna ayat bodoh ini lagi." katanya dengan nada yang keras. 

Beliau menegaskan bahawa sebagai ahli PAS sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku. Sebagai seorang ahli gerakan Islam kita sepatutnya melakukan kerja-kerja dengan serius kerana kerja-kerja ini memang tidak dibayar di dunia namun ia dibayar di akhirat dan ianya lebih lumayan dari ganjaran dunia.

Mari kita perhalusi perkara ini :

Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid.

Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.


Istilah jihad sering disalahfahami oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan Jihad.
Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan.
Firman Allah S.W.T. dari surah al-Hajj ayat 78 yang bermaksud: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dialah (Allah) yang telah memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesusahan dalam perkara agama..."

Walaupun jihad merupakan antara tuntutan yang fardhu (wajib) ke atas umat Islam, namun umat Islam kini hampir melupakan tuntutan jihad ini dalam kehidupan mereka seharian. Kalaupun ada segelintir yang melaung-laungkan slogan jihad namun mereka tersalah tafsir atau menyempitkan ruang lingkup pengertian jihad dari pandangan Islam yang sebenarnya. Kesemua ini berpunca dari kejahilan umat Islam sendiri yang semakin jauh dari ajaran Islam. Akibatnya berlakulah perpecahan, kemunduran, kemiskinan dan sebagainya di kalangan umat Islam yang akhirnya membawa kepada kejatuhan dan kelemahan umat Islam itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap individu muslim untuk kembali kepada ajaran Islam yang tulin sebagaimana yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W. kepada umatnya.

Jihad menurut pengertian Syara’ ialah berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan dalam menegakkan agama Allah S.W.T. di atas muka bumi ini. Berdasarkan kepada pengertian tersebut jihad amat memerlukan pengorbanan daripada seseorang muslim sebagai bukti kepada keteguhan imannya dan kesungguhannya untuk merealisasikan cita-cita Islam. Perlu diingat pengorbanan tersebut bukan hanya sekadar mengorbankan nyawanya sahaja bahkan ianya juga merangkumi kesanggupan seorang muslim membelanjakan harta benda, menyerahkan tenaga, masa dan pemikirannya ke jalan Allah S.W.T.

Setengah ulama’ menggariskan lima jenis jihad seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, iaitu:

1. Jihad dengan ucapan. 
2. Jihad dengan pendidikan. 
3. Jihad dengan kuasa pemerintahan. 
4. Jihad dengan politik. 
5. Jihad dengan harta benda.

Sehubungan dengan itu, konsep jihad di dalam Islam amat luas pengertiannya. Ianya bukan hanya sekadar berjuang di medan peperangan untuk menegakkan agama Allah semata-mata malah jihad juga merangkumi perjuangan menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar, jihad melawan nafsu, berjihad menyatakan kebenaran Islam, berjihad menghapuskan kezaliman dan penindasan, berjihad menentang musuh-musuh Islam dan sebagainya.

Pendek kata jihad dalam Islam meliputi segala usaha dan perjuangan yang menjuruskan kepada tertegaknya agama Allah S.W.T. sebagai teras utama yang mendasari kehidupan umat manusia sejagat. Perlu difahami bahawa konsep jihad juga ialah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap perkara yang dapat meninggikan kalimat Allah S.W.T. dan agama-Nya. Ini bermakna kita mestilah membuktikan bahawa Islamlah yang paling mulia dan tinggi dari sekalian agama yang lain di dalam segala bidang.

Firman Allah dari surah at-Taubah ayat 111 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjihad di jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh, balasan syurga yang demikian itu sebagai janji benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab Taurat dan Injil serta al-Quran, siapakah lagi yang lebih benar janjinya daripada Allah, oleh itu bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu dan ketahuilah bahawa yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."

Tidak ketinggalan juga baginda Rasulullah S.A.W. pernah ditanya, Adakah amalan lain yang boleh menyamai jihad? Baginda menjawab: "Kamu tidak akan mampu menyamakannya. Mereka terus bertanya dan bertanya namun baginda Rasulullah S.A.W. masih mengatakan kamu tidak akan mampu menyamakannya. Pada kali ketiga lantas baginda Rasulullah S.A.W. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang berjuang pada jalan Allah adalah seumpama orang yang berpuasa yang bersolat di malam hari, berdiri dengan penuh tulus ikhlas beribadat kepada Allah dengan membaca ayat-ayat al-Quran, dia tiada berhenti-henti bersolat dan berpuasa sehinggalah pejuang-pejuang kembali dari medan perjuangan."

Perlu ditegaskan di sini bahawa jihad juga adalah bahan binaan kukuh yang mampu menjulang umat Islam ke arah keunggulan dan kecemerlangan dalam pelbagai lapangan hidup sebagaimana firman Allah dari Surah al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud: "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana Kami (Allah), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang melakukan kebaikan."

Generasi Rasulullah S.A.W. dan para sahabat merupakan tauladan terbaik dalam hal ini di mana semangat jihad di sanubari mereka sentiasa berkobar-kobar untuk berjuang di jalan Allah S.W.T. Mereka sentiasa mara ke hadapan menungkah arus yang merentangi mereka dan tidak berganjak ke belakang walaupun selangkah di dalam perjuangan. Dengan berbekalkan keimanan yang kental, semangat jihad yang membara dan kesatuan yang utuh, para sahabat mampu merentasi padang pasir yang kering kontang, mampu menggalas senjata menewaskan bilangan musuh yang jauh lebih ramai berbanding dengan bilangan mereka, dan akhirnya mereka mampu mencipta era kegemilangan Islam.

Firman Allah SWT :ar radu
  • Artinya : ” Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah AllahSWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah SWT menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia” ( Q.S. Ar Radu ayat 11 )
  
al baqarah
  • Artinya : “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. “(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Q.S. Al Baqarah ayat 155 – 157 )

Tiada ulasan: