DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

31 Julai, 2014

ISU WHATAPPS : ALP AMAL PERAK LEBIH TERKEHADAPAN DARI INDUKNYA

Dalam kesibukan umat Islam meraikan Eidulfitri ini, tumpuan seluruh ahli PAS tertumpu kepada kebocoran maklumat dari whatapps kepimpinannya. Hampir dua tahun Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menyatakan bantahan penggunaan whatapps dan segala media sosial secara berleluasa di semua peringkat kepada kepimpinannya di Jabatan Amal Malaysia (Pusat), Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak dan Kepimpinan Pejabat Perhubungan PAS Perak.

Risiko kebocoran maklumat dalaman, salah tafsiran kepada maklumat yang disebarkan dan maklumat dimanipulasi untuk tujuan menjatuhkan jemaah adalah diantara risikonya apabila hampir kesemua ahli PAS menggunakan whatapps dalam kehidupan seharian mereka. Sikap suka menyebarkan atau memanjangkan (forward) mesej-mesej dan isu hangat kepada group tanpa berfikir akan impaknya dan sikap nak tunjuk handal kepada jemaah amat mendedahkan lagi jemaah ini kepada tangan-tangan yang sentiasa bersedia untuk menampar kita.

Hari ini Allah SWT telah menunjukkan kebenarannya akan apa yang telah dibantah dan ditegaskan oleh ALP jabatan ini. "Dari dulu lagi kami dah tegur jangan ghairah sangat menggunakan whatapps dan pelbagai media sosial.. sikit-sikit whatapps.. panggilan bertugas dalam whatapps.. panggilan mesyuarat dalam whatapps.. bahkan ada yang menghantar maklumat peribadi dan minit mesyuarat melalui whatapps.. sekarang tengok kesannya.." kata Saudara Rizal Timbalan Pengarah 2 Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak ini telah menerima bermacam kutukan dan sindiran apabila tidak menggalakkan ahlinya menggunakan whatapps.. "Kami dikata kolot, kuno dan ketinggalan zaman kerana tiada whatapps.. tengok kesannya sekarang, inilah padahnya jika teguran dan peringatan orang bawahan tidak diambil peduli.." Timbalan Pengarah 2 itu menambah lagi.

Menurut beliau lagi sejak penggunaan meluas whatapps dan pelbagai media sosial oleh ahli-ahli PAS, kualiti gerakerja PAS semakin merosot. Ahli-ahli amal juga lebih kerap lari dari tempat tugasan dan membuang masa membaca dan update status di dalam whatapps dari menjalankan tugas. Ahli amal juga telah terpengaruh dengan poligam (politik gambar) "Kerja tak tara mana tapi bergambar bukan main" katanya..Hebahan ceramah, aktiviti dan segalanya semua melalui whatapps dan media sosial tanpa memikirkan ramai lagi manusia yang bergelar ahli PAS yang tidak mempunyai wang untuk membeli telefon bimbit pintar dan segalanya. Kerahsiaan maklumat jemaah menjadi longgar kerana pelbagai hal dalaman dibincang di dalam group-group whatapps dan media sosial yang membuahkan hasil kecohnya jemaah ini..

Mungkin kita perlu memberikan satu garis panduan kepada ahli-ahli PAS tentang had-had dalam penggunaan whatapps dan pelbagai media sosial.. "Teknologi ini dicipta dan dikawal selia oleh orang kafir, nasrani dan yahudi untuk menelanjangkan kita, saya rasa kesan ketagihan berwhatapps dan bermedia sosial ini lebih teruk lagi dari merokok, mungkin kita perlu buat kempen katakan Tak Nak pada whatapps dan media sosial" tambah Timbalan Pengarah 2 tersebut lagi..

19 Julai, 2014

PERKHEMAHAN TAHUNAN (JAMBORI) 2014 : AKAN DITERUSKAN

Setelah ditangguh dan ditunda kerana PRK dan pelbagai halangan ALP Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak akan meneruskan rancangan untuk melaksanakan Perkhemahan Tahunan/Jambori 2014 atas alasan yang kukuh iaitu untuk mengukur keberkesanan latihan di peringkat kawasan-kawasan. Setelah beberapa tahun tidak melaksanakan Jambori atas sebab mementingkan pemantapan sumber manusia jabatan yang dinaungi oleh PAS Perak ini, maka kini dengan kejayaan KAKA Tahap 1 dan 2 dan pertambahan jurulatih yang berkredibiliti di peringkat kawasan kini Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak membuat keputusan untuk melaksanakannya kembali dengan bentuk dan cara baru yang lebih menumpukan penilaian kecekapan dalam setiap pertandingan walaupun dalam keadaan dan suasana santai..

Berikut adalah Senario, Peraturan dan Pemarkahan Setiap Pertandingan:
  
11. AKTIVITI
11.1 Pertandingan ANTARA PASUKAN
-     Pertandingan Khemah & Gadjet Terbaik           
Perincian                                 : Kawasan khemah paling bersih, teratur dan berjaya membina 5
  jenis gadjet dari bahan semulajadi yang berguna dengan hanya
  menggunakan tali (jut/plastik /nylon), ikatan dan simpulan sahaja,
  tanpa  menggunakan paku dan alatan pertukangan kecuali parang,
  pisau, gergaji tangan, cangkul dan pencebak sahaja.
5  Jenis gadjet:
1.      Tempat perkakasan dapur/memasak
2.      Tempat pengeringan pakaian (penyidai dsbnya)
3.      Tempat meletakkan kasut
4.      Pintu Gerbang/Pintu masuk
5.      Pagar dan Pos kawalan
Jumlah Peserta                       : Tiada had (semua yang terdapat dalam senarai pendaftaran)
Masa                                       : 14 jam 30 minit (dari mula masa pendaftaran 1000 pg hingga  jam
  1230 mlm)
Penilaian                                 : Kebersihan, susun atur khemah dan susun atur barangan,
  peralatan, kelengkapan dalam kawasan khemah
: Gadjet : Bilangan wajib 5 jenis, dinilai dari sudut kepentingan
  kegunaannya, ketahanan, kekukuhan dan ikatan yang digunakan.
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi.


-     Pertandingan Kawad Kaki Terbaik                     
Perincian                                 : Kawad kaki pasukan terbaik yang menggabungkan kawad kaki
  statik dan dinamik. Kawad kaki perlu dilakukan di dalam padang
  kawad berukuran 50kaki x 100kaki semua arahan kawad kaki perlu
  dilakukan di dalam padang kawad. 1markah penalti ditolak dari
  markah keseluruhan pasukan bagi setiap kesalahan keluar dari
  padang kawad.
: Arahan Kawad Kaki
-          Parade Comander bawa masuk pasukan dari kiri padang kawad
-          Henti pasukan betul-betul di depan kon Ketua Hakim
-          Parade Comander meluruskan saf dan menghadapkan pasukan kepada Ketua Hakim
-          Parade Comander melapor kepada Ketua Hakim
“Pasukan Kawad Kaki dari kawasan ...........   siap sedia menjalankan tugas, tuan. Minta izin meneruskan tugas, tuan..”
·               STATIK
-Senang Diri
-Rehatkan Diri
-Saf, Saf Sedia
-Ke Kanan Lurus
-Pandang Depan
-Buka Saf, Gerak
-Tutup Saf, Gerak
-Bergerak Ke Kiri, Ke Kiri Pusing
-Menghadap Kehadapan, Ke Kanan Pusing
-Bergerak Ke Kanan, Ke Kanan Pusing
-Menghadap Kehadapan, Ke Kiri Pusing
-Menghadap Kebelakang, Kebelakang Pusing
-Menghadap Kehadapan, Kebelakang Pusing
-Bergerak ke kiri, ke kiri pusing

·               DINAMIK
-Cepat Jalan
-Kiri Belok (4 Kali)
-Hentak Kaki (Ditengah Padang Kawad)
-Saf Henti

                                                -     Parade Comander hadapkan pasukan ke Ketua Hakim
-          Parade Comander melapor kepada Ketua Hakim
“Pasukan Kawad Kaki dari kawasan ...........   selesai menjalankan tugas, tuan. Minta izin keluar padang, tuan..”
-          Parade Comander bawa pasukan keluar padang...

Jumlah Peserta                       : 10 orang (9 orang + 1 Parade Comander)
Masa                                       : 1 jam (setiap kumpulan)
Penilaian                                 : Keseragaman pakaian, kecekapan Parade Comander memberi
  arahan dan pasukan menerima/melaksanakan arahan, ketepatan
  dan keseragaman pergerakan dalam pasukan dan pematuhan 
  sempadan padang kawad.

Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi di dalam ilmu
  kawad kaki.

-     Pertandingan Kemahiran Terbaik                      
Perincian                                 : Pertandingan memasang paip air seperti yang di draf dalam pelan
   yang disediakan oleh Hakim Kemahiran menggunakan segala
   barang dan alat yang disediakan.
Jumlah Peserta                       : 4 orang
Had Umur                               : Tiada had umur
Masa                                       : 1 jam (setiap kumpulan)
Penilaian                                 : Pematuhan kepada draf pelan yang diberikan oleh Hakim,
  kekemasan, ketidak bocoran, kerjasama kumpulan dan kualiti
  kerja.
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi.

-     Pertandingan Bantu Mula Terbaik       
Perincian                                 : Pertandingan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa
  yang mengalami kepatahan kedua belah kaki dan tangan kanan.
  Mangsa perlu dibawa dari lokasi kemalangan ke lokasi selamat
  (jarak lebih kurang 500m).
Jumlah Peserta                       : 6 orang
Had Umur                               : Tiada had umur
Masa                                       : 1 jam (setiap kumpulan)
Penilaian                                 : Ketepatan cara rawatan/bantuan yang diberikan kepada mangsa,
  ketertiban dalam memberikan bantuan, kekemasan
  balutan/ikatan, cara dan kreativiti mengalihkan mangsa dan     
  membawa ke lokasi selamat, masa menyelesaikan tugasan.
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi.

-     Pertandingan Kompas Marching & Semboyan Terbaik                     
Perincian                                 : Pertandingan membaca peta dan pemanduan kompas
  (orienteering) mencari harta karun berbentuk maklumat
  Semboyan dan setelah mendapat maklumat
  semboyan tersebut perlu di sampaikan kepada Pusat Kawalan.
Jumlah Peserta                       : 4 orang
Had Umur                               : Tiada had umur
Masa                                       : 1 jam (setiap kumpulan)
Penilaian                                 : Ketepatan membaca peta dan kompas, masa tercepat
  menyelesaikan tugasan dan semangat kerjasama kumpulan.
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi.
             
-     Pertandingan Masak Hutan Terbaik    
Perincian                                 : Pertandingan memasak seekor ayam liar (perlu disembelih dan
  proses) dengan menggunakan kayu hutan dan alam semulajadi
  tanpa bantuan sebarang alat memasak moden selain diberikan
  sebilah pisau kecil, sekotak mancis, sedikt garam, kunyit dan
  sebagainya (jika perlu).
Jumlah Peserta                       : 4 orang
Had Umur                               : Tiada had umur
Masa                                       : 1 jam (setiap kumpulan)
Penilaian                                 : Ketepatan cara sembelih, cara proses ayam, kebersihan kawasan
  memasak, cara mengurus sisa ayam, cara memasak, hasil
  masakan (rasa) dan cara menghidang.
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi.

  
-     Pertandingan Pemandu Bot Terbaik    
Perincian                                 : Pertandingan mengendalikan bot dalam suasana Search And
  Rescue. Tiga patung kanak-kanak akan diapungkan di kawasan
  yang sukar dilihat oleh peserta. Peserta perlu memandu bot dan
  mencari ketiga-tiga patung kanak-kanak tersebut.
Jumlah Peserta                       : 2 orang
Had Umur                               : Peserta berumur 21 tahun keatas sahaja
Masa                                       : 1 jam (setiap kumpulan)
Penilaian                                 : Ketepatan cara mengendalikan bot, menghidupkan enjin,
  cara memandu bot, keselamatan penumpang (hakim) dan mencari
  mangsa (patung kanak-kanak). Masa tercepat menjumpai 3 patung  
  akan diberikan markah tambahan.
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cekap dan berkemahiran tinggi.

-     Pertandingan Gusti Lengan      
Perincian                                 : Pertandingan gusti lengan untuk mencari Juara Gusti Lengan
   Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak.
Jumlah Peserta                       : 1 orang
Cara Pertandingan                  : Kalah Mati
Penilaian                                 : Peraturan Gusti Lengan
Rasional                                  : Memastikan semua peserta khemah tahunan adalah dari kalangan
  anggota Amal yang cergas dan kuat.
                                                                             
(Syarat-syarat dan peraturan pertandingan akan dibentangkan kepada PENGURUS KONTIJEN oleh Ketua Hakim pada hari tersebut)

17 Mei, 2014

BENARKAH AMAL PERAK AKAN UBAH KONSEP JAMBORI KE PERKHEMAHAN TAHUNAN


Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform, Jabatan Amal Malaysia yang merupakan sebuah gerak kerja pasukan beruniform juga tidak terkecuali dari program seperti tersebut.

Khemah Tahunan sepatutnya menjadi sebuah medan penilaian keberkesanan, kebolehpercayaan, kebolehsahan dan penilaian tahap kejurulatihan yang dijalankan di setiap kawasan dan negeri. Selain ia bertindak sebagai sebuah program yang berbentuk riadah dan santai, ia juga akan bertindak seperti kata pepatah “Sambil menyelam minum air” iaitu medan penilaian gerak kerja. Segala aktiviti dan pertandingan yang dijalankan di dalam khemah tahunan perlu berkaitan dengan kurikulum pasukan beruniform tersebut.

Sebelum ini Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menggunakan istilah dan konsep JAMBORI yang mana ia tidak secara total berdasarkan kurikulum Jabatan tersebut. Aktiviti JAMBORI lebih kepada riadah, santai dan sukaria. Namun mulai tahun 2014 ia akan berubah atas dasar seperti dibawah.

Perkataan JAMBORI dan konsepnya tidak lagi digunapakai di dalam pendidikan kokurikulum sejak 10 tahun yang lepas, kini di dalam pendidikan di Malaysia istilah dan konsep Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan digunapakai namun ia terkecuali kepada Pergerakan Pengakap dsbnya.
  
Perkataan dan konsep jambori dijelaskan dengan beberapa rujukan maksud dari pelbagai kamus bahasa inggeris ialah seperti berikut:

2. A large party, celebration, assembly, often international, especially of Boy Scouts or Girl Scouts. – Oxford Dictionary
3. A mass gathering or assembly, as of a political party or association. - Wikipedia
4. A large celebration or party, typically a lavish and boisterous one. (berlebihan dan riang-ria)
"the film industry's annual jamboree in Cannes" - merriam-webster dictionary
synonyms:
5. A large rally of Scouts or Guides (separately between sex)- www.thefreedictionary.com
synonyms:
6. A gay festivity - based on Shabkosh English-Hindi Dictionary

Oleh yang demikian istilah jambori tersebut adalah kurang sesuai kerana konsep jambori adalah satu majlis keraian, perhimpunan atau lebih jelas lagi sebagai PARTY” dan “GAY FESTIVITY” yang bermaksud lebih kepada lagho, hiburan, keseronokan dan keduniaan semata-mata.
Sebagai sebuah organisasi ko-kurikulum dan unit beruniform yang mempromosikan BERAMAL KERANA ALLAH yang juga lebih kepada nilai Islamik. Perkataan jambori itu sendiri tidak menggambarkan nilai Islamik yang sering kali di war-warkan oleh ahli amal yang telah menyanyikan Lagu Amal sejak 1991 lagi.
“Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai penolong selain daripada Allah”.                                                                             
Ayat 113 : Surah Huud.
Dari maksud Firman Allah SWT di atas kita dilarang/ditegah untuk cenderong kepada orang-orang yang zalim, cenderong boleh juga di istilah meniru cara hidup dan sebagainya, oleh itu demi mendapat keberkatan Allah SWT adalah dicadangkan istilah JAMBORI ditukar dan aktiviti tersebut di bentuk semula demi mendapat keberkatan Allah SWT.