DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

17 Mei, 2014

BENARKAH AMAL PERAK AKAN UBAH KONSEP JAMBORI KE PERKHEMAHAN TAHUNAN


Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform, Jabatan Amal Malaysia yang merupakan sebuah gerak kerja pasukan beruniform juga tidak terkecuali dari program seperti tersebut.

Khemah Tahunan sepatutnya menjadi sebuah medan penilaian keberkesanan, kebolehpercayaan, kebolehsahan dan penilaian tahap kejurulatihan yang dijalankan di setiap kawasan dan negeri. Selain ia bertindak sebagai sebuah program yang berbentuk riadah dan santai, ia juga akan bertindak seperti kata pepatah “Sambil menyelam minum air” iaitu medan penilaian gerak kerja. Segala aktiviti dan pertandingan yang dijalankan di dalam khemah tahunan perlu berkaitan dengan kurikulum pasukan beruniform tersebut.

Sebelum ini Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menggunakan istilah dan konsep JAMBORI yang mana ia tidak secara total berdasarkan kurikulum Jabatan tersebut. Aktiviti JAMBORI lebih kepada riadah, santai dan sukaria. Namun mulai tahun 2014 ia akan berubah atas dasar seperti dibawah.

Perkataan JAMBORI dan konsepnya tidak lagi digunapakai di dalam pendidikan kokurikulum sejak 10 tahun yang lepas, kini di dalam pendidikan di Malaysia istilah dan konsep Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan digunapakai namun ia terkecuali kepada Pergerakan Pengakap dsbnya.
  
Perkataan dan konsep jambori dijelaskan dengan beberapa rujukan maksud dari pelbagai kamus bahasa inggeris ialah seperti berikut:

2. A large party, celebration, assembly, often international, especially of Boy Scouts or Girl Scouts. – Oxford Dictionary
3. A mass gathering or assembly, as of a political party or association. - Wikipedia
4. A large celebration or party, typically a lavish and boisterous one. (berlebihan dan riang-ria)
"the film industry's annual jamboree in Cannes" - merriam-webster dictionary
synonyms:
5. A large rally of Scouts or Guides (separately between sex)- www.thefreedictionary.com
synonyms:
6. A gay festivity - based on Shabkosh English-Hindi Dictionary

Oleh yang demikian istilah jambori tersebut adalah kurang sesuai kerana konsep jambori adalah satu majlis keraian, perhimpunan atau lebih jelas lagi sebagai PARTY” dan “GAY FESTIVITY” yang bermaksud lebih kepada lagho, hiburan, keseronokan dan keduniaan semata-mata.
Sebagai sebuah organisasi ko-kurikulum dan unit beruniform yang mempromosikan BERAMAL KERANA ALLAH yang juga lebih kepada nilai Islamik. Perkataan jambori itu sendiri tidak menggambarkan nilai Islamik yang sering kali di war-warkan oleh ahli amal yang telah menyanyikan Lagu Amal sejak 1991 lagi.
“Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai penolong selain daripada Allah”.                                                                             
Ayat 113 : Surah Huud.
Dari maksud Firman Allah SWT di atas kita dilarang/ditegah untuk cenderong kepada orang-orang yang zalim, cenderong boleh juga di istilah meniru cara hidup dan sebagainya, oleh itu demi mendapat keberkatan Allah SWT adalah dicadangkan istilah JAMBORI ditukar dan aktiviti tersebut di bentuk semula demi mendapat keberkatan Allah SWT.

Tiada ulasan: