DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

13 Januari, 2013

ANGGOTA JABATAN AMAL MALAYSIA "SUKARELAWAN SEBENAR" NAMUN PERLU DIPERTINGKATKAN LAGI

 
Anggota Jabatan Amal Malaysia adalah "Sukarelawan Sebenar" kerana tidak ada satu pun program yang mereka hadir bertugas secara berbayar sepanjang 22 tahun sejak ia ditubuhkan. Anggota jabatan yang paling aktif dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) ini tidak pernah meminta, mengharap dan menagih bayaran elaun, sumbangan dan sebagainya untuk hadir bertugas. Kehadiran mereka adalah atas kerelaan, kewangan dan kelengkapan yang datangnya dari hasil titik peluh sendiri.

Walaupun pernah menerima sumbangan sebelum atau selepas tugasan dijalankan namun ia tidak pernah digunakan untuk perbelanjaan individu dan jika dikira sekali pun ia masih tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Kebiasaannya mereka hanya akan diberikan makanan dan minuman yang ala kadar (kebiasaannya nasi dan air bungkus) oleh mana-mana penganjur program, jarang-jarang sekali mereka mendapat sumbangan seperti perbelanjaan pengangkutan (tambang/minyak) sebelum atau selepas program. Jika mereka menerima sumbangan pun kebanyaknnya ia disalurkan ke tabung jabatan mereka untuk pembelian peralatan dan sebagainya untuk memudahkan kerja dan operasi mereka.

Pakaian mereka adalah hasil pembelian mereka sendiri (duit sendiri) malah kebanyakan peralatan/kelengkapan operasi dan sebagainya juga adalah hasil titik peluh sendiri, mungkin itulah sebabnya ada dikalangan orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat yang menggelar mereka "Angels in Red" seperti di dalam blog ini http://fi-sha.blogspot.com/2009/08/unit-amal-pas-my-heroes.html



Tidak seperti badan sukarela NGO yang lain yang menerima sumbangan dari kerajaan (negeri/pusat) untuk menampung perbelanjaan pengurusan, pentadbiran, latihan dan segalanya. Jabatan amal ini perlu berusaha sendiri untuk mencari dana melalui perniagaan, jualan amal, tabung kutipan dan selalunya mengeluarkan wang kocek sendiri untuk menampung segala perbelanjaan atau pun melaksanakan apa-apa program latihan atau sebagainya.

Mungkin kerana itulah Jabatan ini telah menerima pelbagai pengiktirafan dari rakyat khasnya penyokong Pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah berkira dalam Amal Kebajikan mereka. Merekalah "Duta Kebajikan" PAS sehingga 70% dari gerak kerja merekalah yang membuatkan pemimpin yang bukan Islam dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedar akan keadilan dan kebaikan orang Islam itu sendiri.

Mereka membantu, menjaga dan prihatin kepada semua orang tanpa mengira warna kulit, agama, kepercayaan dan fahaman politik. Mereka membantu semua orang yang mampu mereka bantu walaupun individu tersebut ialah ahli UMNO yang memusuhi mereka.

Anggota Jabatan Amal Malaysia Terbaek! Namun perlu berpakaian dengan pemakaian yang lebih kemas dan  mantap,
Barulah  orang lebih "respect" dan disegani oleh badan sukarelawan lain.
  Pemakaian dan Pakaian Mereka Tidak Seragam Mungkin Berpunca  Dari  Kewangan Kendiri  Yang Terhad.

Etika berpakaian yang tidak seragam mencacatkan sedikit pandangan dari masyarakat penyokong atau bukan penyokong Pakatan Rakyat.

BERKETRAMPILAN : Salah satu elemen penting supaya rakyat lebih berkeyakinan, hormat dan memandang tinggi kepada Jabatan Amal Malaysia itu sendiri.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum.Bagaimana cara saya menyertai unit amal?.