DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

17 Mei, 2014

BENARKAH AMAL PERAK AKAN UBAH KONSEP JAMBORI KE PERKHEMAHAN TAHUNAN


Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform, Jabatan Amal Malaysia yang merupakan sebuah gerak kerja pasukan beruniform juga tidak terkecuali dari program seperti tersebut.

Khemah Tahunan sepatutnya menjadi sebuah medan penilaian keberkesanan, kebolehpercayaan, kebolehsahan dan penilaian tahap kejurulatihan yang dijalankan di setiap kawasan dan negeri. Selain ia bertindak sebagai sebuah program yang berbentuk riadah dan santai, ia juga akan bertindak seperti kata pepatah “Sambil menyelam minum air” iaitu medan penilaian gerak kerja. Segala aktiviti dan pertandingan yang dijalankan di dalam khemah tahunan perlu berkaitan dengan kurikulum pasukan beruniform tersebut.

Sebelum ini Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menggunakan istilah dan konsep JAMBORI yang mana ia tidak secara total berdasarkan kurikulum Jabatan tersebut. Aktiviti JAMBORI lebih kepada riadah, santai dan sukaria. Namun mulai tahun 2014 ia akan berubah atas dasar seperti dibawah.

Perkataan JAMBORI dan konsepnya tidak lagi digunapakai di dalam pendidikan kokurikulum sejak 10 tahun yang lepas, kini di dalam pendidikan di Malaysia istilah dan konsep Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan digunapakai namun ia terkecuali kepada Pergerakan Pengakap dsbnya.
  
Perkataan dan konsep jambori dijelaskan dengan beberapa rujukan maksud dari pelbagai kamus bahasa inggeris ialah seperti berikut:

2. A large party, celebration, assembly, often international, especially of Boy Scouts or Girl Scouts. – Oxford Dictionary
3. A mass gathering or assembly, as of a political party or association. - Wikipedia
4. A large celebration or party, typically a lavish and boisterous one. (berlebihan dan riang-ria)
"the film industry's annual jamboree in Cannes" - merriam-webster dictionary
synonyms:
5. A large rally of Scouts or Guides (separately between sex)- www.thefreedictionary.com
synonyms:
6. A gay festivity - based on Shabkosh English-Hindi Dictionary

Oleh yang demikian istilah jambori tersebut adalah kurang sesuai kerana konsep jambori adalah satu majlis keraian, perhimpunan atau lebih jelas lagi sebagai PARTY” dan “GAY FESTIVITY” yang bermaksud lebih kepada lagho, hiburan, keseronokan dan keduniaan semata-mata.
Sebagai sebuah organisasi ko-kurikulum dan unit beruniform yang mempromosikan BERAMAL KERANA ALLAH yang juga lebih kepada nilai Islamik. Perkataan jambori itu sendiri tidak menggambarkan nilai Islamik yang sering kali di war-warkan oleh ahli amal yang telah menyanyikan Lagu Amal sejak 1991 lagi.
“Dan janganlah kamu cenderong kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh api neraka. Dan sekali-kali kamu tidak mempunyai penolong selain daripada Allah”.                                                                             
Ayat 113 : Surah Huud.
Dari maksud Firman Allah SWT di atas kita dilarang/ditegah untuk cenderong kepada orang-orang yang zalim, cenderong boleh juga di istilah meniru cara hidup dan sebagainya, oleh itu demi mendapat keberkatan Allah SWT adalah dicadangkan istilah JAMBORI ditukar dan aktiviti tersebut di bentuk semula demi mendapat keberkatan Allah SWT.

PENGAJARAN DARI SURAH AT-TAKATHUR

Surah At-Takathur
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / (8)

Pengajaran :
Kita perlu menyedari bahawa kita sedang dilalaikan dengan perbuatan berlumba-lumba atau bermegah-megah dalam kehidupan kita kini. (Bermegah dalam banyaknya harta, bilangan anak-anak, pangkat dan pengaruh). Kita berfikir dan menghabiskan masa kita berusaha untuk memperbanyakkan penyokong, undian dan bermegah pula dengan sokongan dan undian tersebut. Buat kerja tak setara mana, tetapi BERGAMBAR bukan main nak rak lagi. Tak habis-habis berFB, berTwitter, berWhatsapps dan berInstagram... Apakah kita rasa kita bukan dalam keadaan bermegah-megah?

Ahli Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak hari ini tidak bermegah-megah dengan harta kerana majoriti mereka (ahli amal perak) adalah dikalangan manusia yang berpendapatan rendah dan ada yang miskin. Oleh kerana pendapatan rendah dan miskin itulah membuatkan mereka gigih mencari pahala dengan menginfaqkan diri dan tenaga di atas jalan Allah ini.

Namun dengan kehebatan puji-pujian yang melangit kebelakangan ini sudah ada ahli amal yang berjalan di atas bumi Allah ini dengan mendabik dada, bongkak dan takabur. Perkara ini perlu diatasi segera, diperingatkan bahawa "YANG HEBAT ITU ALLAH SWT SAHAJA" manusia nampak UNIT AMAL hebat bukan kerana UNIT AMAL itu hebat. UNIT AMAL MALAYSIA TIDAK PERNAH HEBAT...yang hebat hanya ALLAH SWT. 

ALLAH SWT  yang telah memetikkan ke dalam hati manusia perasaan memandang tinggi kepada UNIT AMAL MALAYSIA. ALLAH SWT yang telah memetik perasaan hormat dan mulia ke dalam hati manusia sehingga disanjung tinggi oleh ahli PAS dan Pakatan Rakyat, malah ada dikalangan ahli UMNO sendiri pun sanjung Unit Amal.

INGAT!!! Segala diatas muka bumi dan alam ini berlaku kerana perintah, izin dan redha Allah SWT.. Jangan sesekali kita merasakan bahawa kejayaan selama ini adalah kerana kerja kita yang hebat. Tetapi hanya dengan bantuan dan keredhaan ALLAH semata-mata. 

JANGAN TERTIPU DENGAN DUNIA.. JANGAN JADIKAN PERJUANGAN KITA INI SEBUAH PERJUANGAN YANG DEFISIT. HANYA DAPAT PENAT-LELAH DAN PUJIAN YANG TAK SETARA MANA.. NAMUN DI AKHIRAT RUGI KERANA RIAK, TAKABUR DAN BERMEGAH-MEGAH. 

09 Mei, 2014

AMAL NEGERI PERAK : KAMI TIDAK PERNAH MELANTIK WAKIL DALAM KUTIPAN SUMBANGAN

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak, Al Ameed Arif Sha'arani menegaskan bahawa Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakili Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak untuk membuat kutipan sumbangan berbentuk wang dan sebagainya.

Beliau terkejut apabila diberitahu ada individu yang mengakui sebagai ahli Amal Negeri Perak membuat kutipan sumbangan atas nama jabatan di bawah naungan DPPN Perak itu. Mengambil kesempatan atas nama kebajikan ahli Amal/PAS/Sekolah-sekolah yang di bawah tadbiran ahli PAS yang ditimpa musibah.

Kepada semua ahli Amal dan PAS, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak hanya memberikan kebenaran khas untuk membuat dan menerima kutipan sumbangan kebajikan kepada dua individu sahaja bagi peringkat negeri dan kawasan iaitu seperti dibawah:  

Negeri
a) Pegawai Kewangan Amal Negeri Perak
b) Pegawai Hal Ehwal Kebajikan Amal Negeri Perak
Kawasan
a) Pegawai Kewangan Amal Kawasan
b) Pegawai Hal Ehwal Kebajikan Amal Kawasan

selain dari mereka yang memegang jawatan ini, individu tersebut bukanlah individu yang diberikan kebenaran membuat dan menerima sumbangan. Jika anda ingin menyumbang kepada kami sila masukkan sumbangan anda ke akaun BIMB :  080 130 1006 6347 @ Maybank : 558 033 603 022. 

Elakkan memberi sumbangan kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

Jika terdapat sebarang musibah kepada ahli AMAL/PAS/SEKOLAH yang di bawah tadbiran ahli kami/PAS, kami akan mewar-warkan di dalam laman sosial kami Nama dan No. Akaun Si Penerima (iaitu mangsa musibah tersebut) bukan nama dan no. akaun orang tengah/wakil, jika anda melihat perkara tersebut berlaku sila laporkan kepada kami, supaya tindakan UNDANG-UNDANG dapat kami ambil kepada individu tersebut.