DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

17 Mei, 2014

PENGAJARAN DARI SURAH AT-TAKATHUR

Surah At-Takathur
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / (8)

Pengajaran :
Kita perlu menyedari bahawa kita sedang dilalaikan dengan perbuatan berlumba-lumba atau bermegah-megah dalam kehidupan kita kini. (Bermegah dalam banyaknya harta, bilangan anak-anak, pangkat dan pengaruh). Kita berfikir dan menghabiskan masa kita berusaha untuk memperbanyakkan penyokong, undian dan bermegah pula dengan sokongan dan undian tersebut. Buat kerja tak setara mana, tetapi BERGAMBAR bukan main nak rak lagi. Tak habis-habis berFB, berTwitter, berWhatsapps dan berInstagram... Apakah kita rasa kita bukan dalam keadaan bermegah-megah?

Ahli Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak hari ini tidak bermegah-megah dengan harta kerana majoriti mereka (ahli amal perak) adalah dikalangan manusia yang berpendapatan rendah dan ada yang miskin. Oleh kerana pendapatan rendah dan miskin itulah membuatkan mereka gigih mencari pahala dengan menginfaqkan diri dan tenaga di atas jalan Allah ini.

Namun dengan kehebatan puji-pujian yang melangit kebelakangan ini sudah ada ahli amal yang berjalan di atas bumi Allah ini dengan mendabik dada, bongkak dan takabur. Perkara ini perlu diatasi segera, diperingatkan bahawa "YANG HEBAT ITU ALLAH SWT SAHAJA" manusia nampak UNIT AMAL hebat bukan kerana UNIT AMAL itu hebat. UNIT AMAL MALAYSIA TIDAK PERNAH HEBAT...yang hebat hanya ALLAH SWT. 

ALLAH SWT  yang telah memetikkan ke dalam hati manusia perasaan memandang tinggi kepada UNIT AMAL MALAYSIA. ALLAH SWT yang telah memetik perasaan hormat dan mulia ke dalam hati manusia sehingga disanjung tinggi oleh ahli PAS dan Pakatan Rakyat, malah ada dikalangan ahli UMNO sendiri pun sanjung Unit Amal.

INGAT!!! Segala diatas muka bumi dan alam ini berlaku kerana perintah, izin dan redha Allah SWT.. Jangan sesekali kita merasakan bahawa kejayaan selama ini adalah kerana kerja kita yang hebat. Tetapi hanya dengan bantuan dan keredhaan ALLAH semata-mata. 

JANGAN TERTIPU DENGAN DUNIA.. JANGAN JADIKAN PERJUANGAN KITA INI SEBUAH PERJUANGAN YANG DEFISIT. HANYA DAPAT PENAT-LELAH DAN PUJIAN YANG TAK SETARA MANA.. NAMUN DI AKHIRAT RUGI KERANA RIAK, TAKABUR DAN BERMEGAH-MEGAH. 

Tiada ulasan: