DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

10 Januari, 2013

KULIAH DAN KHUTBAH JUMAAT : PENTAS TERBAIK SAMPAIKAN HUKUM ISLAM

Kuliah Jumaat dan Khutbah Jumaat sepatutnya menjadi pentas terbaik dalam menyampaikan pemahaman terhadap hukum-hukum Islam. Malangnya Islam sebenar disorok di sebalik khutbah & khutbah jumaat dengan penyampaian dari dari Ustaz-Ustaz dan Khatib-Khatib yang tidak memahami jiwa anak muda dan masyarakat semasa.

Ustaz dan khatib yang sudah terlalu berumur sehingga percakapannya kurang jelas dan bernada mendodoi supaya para makmum tidur amat mengecewakan. Kami berkesempatan bersolat jumaat di sebuah Masjid terletak di sebuah kampung yang mana terkenal dengan hasil ikan air tawar, udang galah dan bijih timahnya dan berada betul-betul diatas sempadan dua daerah iaitu Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah.

Solat jumaat tersebut menjadi tidak bermakna buat kami kerana khatib yang membacakan khutbah suaranya tidak jelas dan sebutan bacaannya seperti orang sengau dan berdengung. Kami betul-betul terdengar khatib membaca bismillah dan perkataan "akimussolah". Selesai solat jumaat kami bertanya kepada para sahabat yang tinggal di situ "Selalukah khutbah Jumaat macam ini?" kata mereka setiap kali imam ni bertugas menjadi khatib maka jadilah macam ni."Ngok..ngap ngok..ngap..dah habis khutbah solat pastu balik!" kata salah seorang lagi, yang seolah-olah sudah kecewa.

Kami difahamkan beliau dilantik sebagai Imam menggantikan Imam yang lama atas sebab-sebab politik. Beliau kuat menyokong UMNO. Amat menyedihkan jika solat jumaat setiap kali imam tersebut bertugas maka tidak bermakna langsung sebab tiada satu pun butiran khutbah yang dibaca di dengari dengan jelas. Untuk peringatan semua ahli PAS, semua masjid yang dibawah pentadbiran ahli kita janganlah lantik Imam macam itu. Carilah Imam dan khatib yang boleh membaca khutbah dengan baik dan bersemangat supaya anak muda faham Islam.

07 Januari, 2013

SENARAI ASET TERKINI HASIL SUMBANGAN AHLI PAS DAN RAKYAT PERAK & MALAYSIA

Terima Kasih kepada semua ahli Amal, PAS dan semua individu yang telah menyumbangkan wang, peralatan dan kelengkapan kepada jabatan kami selama ini. Segala sumbangan anda amat kami hargai dan kami sertai dengan doa semoga tuan-tuan dan puan-puan dirahmati di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan dimatikan di dalam keadaan paling mulia di sisi Allah SWT. Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk kami gunakan untuk membantu semua individu yang memerlukan bantuan.

Tersebut dibawah ialah Aset Terkini kami dan bilangan keperluan sepatutnya :

 Aset Terkini Dalam Simpanan (Negeri)
Keperluan sepatutnya
Bot penyelamat - 2 buah (tanpa treler bot)
Enjin Bot (Enjin Sangkut) - 2 buah
Mesin Water Sprayer (Petrol) - 1 buah
Mesin Water Jet (Elektrik) - 2 buah
Mesin Jenerator (Petrol) - 1 buah
Mesin Chainsaw (Petrol) - 1 buah
Komputer Peribadi (PC) - 1 buah 
Minima 5 buah bot (utk keperluan 5 buah zon)
Minima 5 buah enjin utk 5 buah bot
Minima 5 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 10 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 5 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 5 buah utk kegunaan 5 buah zon
Minima 3 buah utk kegunaan pejabat

* Tersebut di atas adalah aset yang bersaiz besar dan bernilai lebih daripada RM500.00 hasil sumbangan ahli / penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Aset Dalam Proses Perolehan ( Kami Dalam Usaha Untuk Mendapatkan) :

  1. Kenderaan Angkut - (Lori/4WD/Van) untuk kegunaan angkut barang/peralatan/kelengkapan bantuan dan anggota untuk kemana sahaja kawasan operasi bantuan/bencana. 
  2. Kenderaan  Jenazah - (Van/Pikap) untuk kegunaan ahli PAS/Keluarga membawa jenazah yang meninggal di mana-mana Hospital di dalam kawasan Ipoh (Ibu negeri) ke mana-mana sahaja dengan bayaran secara infaq (berapa sahaja yang mampu/ikhlas).
  3. Kenderaan Kecemasan - (Van Ambulans/4WD Ambulans) untuk kegunaan angkut mangsa/barang/peralatan/kelengkapan bantuan dan anggota untuk kemana sahaja kawasan operasi bantuan kecemasan (Pasukan Medik & Penyelamat). 
  4. Treler Bot - Untuk mengangkut bot kemana sahaja kawasan banjir/bantuan mencari mangsa (SAR) yang memerlukan bot.
  5. Motosikal Operasi - (Pelbagai Jenis Motosikal/Scrambler) untuk kegunaan operasi yang memerlukan kegunaan motosikal kerana kawasan laluan sempit atau tidak boleh dilalui oleh kenderaan besar.
* Jika anda berminat untuk menyalurkan sumbangan sila hubungi : Arif Sha'arani  013-421 3636

Anda ada wang dan harta, Kami ada masa dan tenaga. Mari Kita Beramal Bersama...Anda dengan cara anda (wang dan harta) kami dengan cara kami (masa dan tenaga).  

Apa gunanya wang dan harta yang banyak dan kehidupan yang mewah jika ia akan membawa kita ke neraka.. Kenapa tidak kita jadikan wang dan harta kita untuk kita mencari keredhaan Allah SWT dan mungkin ia membawa kita ke syurga..



06 Januari, 2013

TERIMA KASIH USTAZ & DS Nizar

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abu Bakar Husain, Ustaz Zawawi Hassan, Ustaz Mustafa Shaari dan Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin atas sokongan padu yang diberikan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak selama ini. Sepanjang sessi 2011-2013 ini kami telah mendapat sokongan yang hebat dari individu-individu ini untuk kami menjalankan program, segala tugas dan tanggungjawab kami. Kami dibantu dan disokong dari segi kewangan, peralatan, kelengkapan dan pengetahuan agama (kuliah, tazkirah dsbnya).

Tanpa individu-individu ini tidak mungkin kami dapat melaksanakan segala program, tugas dan tanggungjawab kami dengan baik dan cemerlang. Jabatan kami telah menjalankan lebih dari 350 tugasan di dalam 350 program PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang tahun 2011-2013 ini di seluruh kawasan negeri Perak.

Kebanyakan program-program tersebut, pihak kami telah ditugaskan untuk keselamatan program, keselamatan pimpinan, keselamatan lalulintas, menyalurkan bantuan kebajikan, bantuan bencana/banjir dan sebagainya. Program-program ini telah menjadi medan praktikal kepada segala ilmu dan kemahiran kami semua seperti di dalam BUKU HURAIAN SUKATAN KURIKULUM  jabatan kami.

Namun begitu kami tidak pernah mengabaikan segala tanggungjawab kami kepada Allah dengan melaksanakan solat jemaah, tazkirah, kuliah dan taujihad dimana-mana sahaja tempat dan lokasi mengikut kesempatan masa dan ruang, walaupun tidak sekerap jabatan lain.

Dengan bantuan semua pihak di dalam PAS / Pakatan Rakyat dan sokongan padu dari empat individu ini kami juga dapat membuat perubahan dan penambahbaikan kepada jabatan kami. Setelah berumur 21tahun jabatan kami kini telah dewasa dengan penambahan peralatan dan kelengkapan, jenis latihan/kursus dan kenderaan.

Setelah genap berumur 21 tahun dan setelah bertukar pentadbiran beberapa kali kini kami Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dengan pentadbiran yang lebih kemas, teratur, efisien dan bersistematik telah berjaya membentuk satu pasukan gerakerja Amal yang lebih baik dan lebih cemerlang.

Terima Kasih kami ucapkan kepada empat individu ini yang merupakan tunggak atau Lampu Suluh kepada kejayaan kami sepanjang 2011-2013 ini. Kepada yang lain yang juga terlibat dalam memberikan sumbangan kepada kami selama ini, kami pohon kepada Allah semoga kalian semua dimatikan dalam keadaan paling mulia di sisi Allah SWT.