DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

10 Januari, 2013

KULIAH DAN KHUTBAH JUMAAT : PENTAS TERBAIK SAMPAIKAN HUKUM ISLAM

Kuliah Jumaat dan Khutbah Jumaat sepatutnya menjadi pentas terbaik dalam menyampaikan pemahaman terhadap hukum-hukum Islam. Malangnya Islam sebenar disorok di sebalik khutbah & khutbah jumaat dengan penyampaian dari dari Ustaz-Ustaz dan Khatib-Khatib yang tidak memahami jiwa anak muda dan masyarakat semasa.

Ustaz dan khatib yang sudah terlalu berumur sehingga percakapannya kurang jelas dan bernada mendodoi supaya para makmum tidur amat mengecewakan. Kami berkesempatan bersolat jumaat di sebuah Masjid terletak di sebuah kampung yang mana terkenal dengan hasil ikan air tawar, udang galah dan bijih timahnya dan berada betul-betul diatas sempadan dua daerah iaitu Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah.

Solat jumaat tersebut menjadi tidak bermakna buat kami kerana khatib yang membacakan khutbah suaranya tidak jelas dan sebutan bacaannya seperti orang sengau dan berdengung. Kami betul-betul terdengar khatib membaca bismillah dan perkataan "akimussolah". Selesai solat jumaat kami bertanya kepada para sahabat yang tinggal di situ "Selalukah khutbah Jumaat macam ini?" kata mereka setiap kali imam ni bertugas menjadi khatib maka jadilah macam ni."Ngok..ngap ngok..ngap..dah habis khutbah solat pastu balik!" kata salah seorang lagi, yang seolah-olah sudah kecewa.

Kami difahamkan beliau dilantik sebagai Imam menggantikan Imam yang lama atas sebab-sebab politik. Beliau kuat menyokong UMNO. Amat menyedihkan jika solat jumaat setiap kali imam tersebut bertugas maka tidak bermakna langsung sebab tiada satu pun butiran khutbah yang dibaca di dengari dengan jelas. Untuk peringatan semua ahli PAS, semua masjid yang dibawah pentadbiran ahli kita janganlah lantik Imam macam itu. Carilah Imam dan khatib yang boleh membaca khutbah dengan baik dan bersemangat supaya anak muda faham Islam.

Tiada ulasan: