DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

06 Januari, 2013

TERIMA KASIH USTAZ & DS Nizar

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abu Bakar Husain, Ustaz Zawawi Hassan, Ustaz Mustafa Shaari dan Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin atas sokongan padu yang diberikan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak selama ini. Sepanjang sessi 2011-2013 ini kami telah mendapat sokongan yang hebat dari individu-individu ini untuk kami menjalankan program, segala tugas dan tanggungjawab kami. Kami dibantu dan disokong dari segi kewangan, peralatan, kelengkapan dan pengetahuan agama (kuliah, tazkirah dsbnya).

Tanpa individu-individu ini tidak mungkin kami dapat melaksanakan segala program, tugas dan tanggungjawab kami dengan baik dan cemerlang. Jabatan kami telah menjalankan lebih dari 350 tugasan di dalam 350 program PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang tahun 2011-2013 ini di seluruh kawasan negeri Perak.

Kebanyakan program-program tersebut, pihak kami telah ditugaskan untuk keselamatan program, keselamatan pimpinan, keselamatan lalulintas, menyalurkan bantuan kebajikan, bantuan bencana/banjir dan sebagainya. Program-program ini telah menjadi medan praktikal kepada segala ilmu dan kemahiran kami semua seperti di dalam BUKU HURAIAN SUKATAN KURIKULUM  jabatan kami.

Namun begitu kami tidak pernah mengabaikan segala tanggungjawab kami kepada Allah dengan melaksanakan solat jemaah, tazkirah, kuliah dan taujihad dimana-mana sahaja tempat dan lokasi mengikut kesempatan masa dan ruang, walaupun tidak sekerap jabatan lain.

Dengan bantuan semua pihak di dalam PAS / Pakatan Rakyat dan sokongan padu dari empat individu ini kami juga dapat membuat perubahan dan penambahbaikan kepada jabatan kami. Setelah berumur 21tahun jabatan kami kini telah dewasa dengan penambahan peralatan dan kelengkapan, jenis latihan/kursus dan kenderaan.

Setelah genap berumur 21 tahun dan setelah bertukar pentadbiran beberapa kali kini kami Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dengan pentadbiran yang lebih kemas, teratur, efisien dan bersistematik telah berjaya membentuk satu pasukan gerakerja Amal yang lebih baik dan lebih cemerlang.

Terima Kasih kami ucapkan kepada empat individu ini yang merupakan tunggak atau Lampu Suluh kepada kejayaan kami sepanjang 2011-2013 ini. Kepada yang lain yang juga terlibat dalam memberikan sumbangan kepada kami selama ini, kami pohon kepada Allah semoga kalian semua dimatikan dalam keadaan paling mulia di sisi Allah SWT.

Tiada ulasan: