DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

26 Disember, 2012

Orang Kristian Di Malaysia Perlu Tahu Siapa Yahudi..

Video dibawah adalah beberapa video yang membuktikan bahawa orang yahudi tidak pernah mengiktiraf Kristian dan mereka berbangga untuk membunuh orang Islam dan Kristian walau dimana jua. Malangnya orang kristian lebih takutkan Islam sedangkan musuh sebenar mereka ialah Yahudi. Di Malaysia semua rakyat hidup aman damai namun ia diganggu oleh mereka-mereka yang menjadi agen dan para penghasut yahudi. Buktinya negara kita adalah salah satu negara yang berdagang dengan Israel. Cuba pergi ke pasaraya produk Israel lebih banyak dari produk negara lain. Video dibawah mungkin mempunyai sedikit kontroversi jadikan ia tontonan kepada sahabat yang beragama Kristian supaya mereka kenal siapa yahudi. Kita harus sedar bahawa Islam tidak pernah mengajar kita melakukan seperti ini, mendiskriminasi mana-mana kepercayaan lain dan bangsa/keturunan lain, kita wajib berdakwah kepada mereka namun bukan menghina dan menyakiti mereka. Jika orang tidak kenal apa itu Islam dan siapa sebenarnya orang Islam, mana mungkin mereka mahu sayangkan Islam? Oleh itu jika ada ahli jemaah yang masih membuat perangai begini maka anda tidak ubah seperti yahudi.

Bukti Israel Bunuh Askar USA Untuk Burukkan Islam di IRAQ & AFGHANISTAN

Rakaman suara dari salah seorang wartawan USA yang mendapat maklumat dari Askar US yang berjaya menangkap anggota penembak tepat perisikan tentera Israel (MOSSAD) di Iraq yang mengakui mereka menyusup masuk ke Iraq dan Afghanistan untuk membunuh askar US demi mengekalkan kemarahan orang US dan Kristian kepada orang Islam. Video dibawah sebenarnya dihasilkan oleh tentera perisikan Israel (MOSSAD) dan ia menampakkan bahawa tentera taliban yang membuat tembakan tersebut dan ia dimasukkan ke Youtube untuk membakar semangat orang Kristian untuk membenci Islam.

23 Disember, 2012

JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK : CEMERLANG DI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI PERAK

16.12.2012 Seri Iskandar : Merupakan satu lagi program PR dan tugasan jabatan yang ke 196 bagi tahun 2012 ini. Program ini amat mencabar kewibawaan, kesabaran, ketakwaan dan ketaatan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak, seramai 109 orang anggota telah bertugas menjalankan tugasan keselamatan tapak program, lalulintas dan uruusan parkir kereta, sejak 12.00 tengahmalam 15.12.2012 sehingga 12.00 tengahmalam 16.12.2012. Rakyat negeri perak mula membanjiri tapak program sejak pukul 12.00 tghari 16.12.2012 dan mengakibatkan jalan sesak sehingga 10km dari tapak program, kenderaan terpaksa bergerak perlahan bermula pada 2.30petang lagi. Anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menghadapi pelbagai kerenah manusia khasnya dari mereka yang jelas bukan penyokong Pakatan Rakyat yang sering mengintai peluang untuk menganggu program tersebut.

Dugaan yang anggota amal terpaksa hadapi adalah pelbagai. Ada dikalangan anggota amal yang dimaki hamun dengan perkataan kesat oleh pemandu-pemandu (bukan penyokong PR) yang mungkin tertekan dengan kesesakan jalan raya. Ada juga yang hampir dilanggar kereta ahli Pakatan Rakyat sendiri yang gelojoh untuk cepat-cepat mencari tempat parkir supaya dapat  meluangkan masa dengan pimpinan pilihan mereka. Ada pula anggota amal yang terpaksa bersabar melayan rungutan dan kemarahan penyokong-penyokong kerana ketiadaan tempat parkir. Ia disebabkan ruang parkir tapak program hanya boleh menampung maksima 1,000 ribu buah kereta namun bermula daripada pukul 5.30 petang tempat parkir telah penuh dan terpaksa dihalakan ke beberapa lokasi tempat parkir kecemasan iaitu lebih kurang 1.5km hingga 3km dari tapak program, dianggarkan hampir 5,000 buah kereta dan 2,000 motosikal yang hadir.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak terpaksa menukar pelan tindakan beberapa kali dari Pelan A sehingga Pelan X demi melancarkan program dan tidak membebankan penyokong untuk berjalan jauh untuk ke tapak program. Terdapat pimpinan PAS Perak dan Pusat sendiri pun terpaksa meletakkan kereta jauh dari tapak program. Tindakan ini terpaksa kami ambil kerana ketiadaan tempat letak kereta yang berhampiran kerana kami terpaksa memberikan tempat letak kereta tersebut kepada beberapa kenderaan yang membawa rombongan OKU ke tapak program.

Oleh kerana kesibukan dan kesesakan lalulintas jalan raya makanan dan minuman tengahari untuk semua anggota amal telah lewat sampai, iaitu pukul 4.00 petang. Kasihan mereka yang terpaksa bertahan lapar sehingga 4.00 petang. Semasa semua yang lain sibuk bersolat Asar (keadaan menjadi kurang sibuk ketika itu) anggota-anggota amal mengambil peluang untuk berehat makan tengahari pada 4.30petang.

Semoga semua pengorbanan tersebut akan dibalas dengan balasan setimpal di akhirat. 

Allahuakbar...    

 Ribuan hadir tunjukkan kebangkitan rakyat Perak!

22 Disember, 2012

KAMI HENDAK MERASA MASAKAN PIMPINAN KAMI

KAMI DI JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK TERINGIN MERASA MASAKAN PIMPINAN KAMI

Sejak terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh kepimpinan PAS Perak, kami di Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak tak merasa nak makan masakan air tangan PESURUHJAYA PAS PERAK Ustaz Abu Bakar Hussain.

Bila melihat gambar Ustaz Abu Bakar memasak di Facebook rasa nak menitis air mata kerana tak pernah merasa masakan air tangan beliau. Kami terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan kepada kami sehingga tak berpeluang nak merasa masakan beliau.

Begitu juga Dato Seri Nizar Jamaluddin yang dahulu diceritakan kepada kami semasa beliau menyandang jawatan Setiausaha dan Bendahari Perhubungan PAS Perak beliau selalu membuat dan menjamu air kepada petugas. Sekarang sejak sibuk dengan ceramah, himpunan dan sebagainya tak berkesempatanlah kami merasa air tangan pimpinan kami.

Semoga Allah mengabulkan doa kami supaya dapat kami merasa air tangan pimpinan kami walaupun sekali sebelum kami dicabutkan nyawa.

21 Disember, 2012

PERBEZAAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DAN PEMIMPIN TURUN PADANG


PEMIMPIN TURUN PADANG

Pemimpin jenis ini ialah dikalangan pemimpin yang berpolitik menerusi gambar dan mencari populariti politik (POLIGAM) mereka ini sebenarnya berlakon seolah-olah mereka amat prihatin akan masalah rakyat dan cuba menyelami perasaan rakyat, namun persoalan seperti di bawah perlu anda tanya pada diri anda....

Mengapa beliau perlu berprotokol dan terlalu rasmi dalam berpakaian semasa lawatan tersebut?

Adakah mungkin sebab jawatan mereka atau mereka memang mahu disambut dengan rasmi dan berprotokol?

Jika tidak kenapa mereka tak boleh bersahaja dan berpakaian biasa, kenapa perlu berbaju batik, berbaju koperat dan kemas sangat seolah-olah menghadiri majlis rasmi?

Kenapa pula kedatangan mereka perlu disambut dan disediakan makanan atau jamuan?

Kenapa mereka tak sanggup redah air banjir untuk melawat mangsa banjir, kenapa lawat tempat-tempat yang tak perlu basah dan kotorkan kasut dan kaki mereka?



PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT 

Pemimpin jenis ini adalah dikalangan pemimpin yang berjiwa seperti rakyat biasa walaupun telah dilantik sebagai pemimpin besar. Pemimpin jenis ini sentiasa menyelami jiwa, perasaan dan keperitan rakyat. Biasanya yang terdiri daripada pemimpin jenis ini adalah dikalangan orang yang sudah biasa bersusah payah dan membuat kerja-kerja kasar dan keras. Kebiasaannya pemimpin jenis ini berasal dari keluarga yang miskin atau sederhana. Namun ada segelintir dari mereka ini berasal dari keluarga ternama atau kaya raya. Lazimnya pemimpin jenis ini adalah orang yang berilmu agama yang tinggi, beramal dengan segala ilmunya dan zuhud.

Sultan Muhammad Ke 5 : Sultan Kelantan
Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar, seorang yang gemar memasak untuk anak-anak buahnya.
Seorang yang sentiasa buat kerja dengan anak-anak buah, sama-sama memasak dan membasuh.


DS Nizar tidak teragak-agak untuk minta tangga dan panjat atap rumah mangsa ribut
DS Nizar hanya perlu manaiki motosikal dan meredah air banjir untuk lawat rakyatnya


DS Nizar Jamaluddin - Seorang pemimpin contoh yang berani dan berjiwa rakyat

03 Disember, 2012

RAMAI ANGGOTA AMAL MASIH BUJANG

Masih ramai anggota Amal di Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak yang masih bujang walaupun telah melewati usia 20an dan 30an, apabila ditanya mereka mengambil jalan untuk melupakan hasrat untuk berkahwin kerana ingin menumpukan kepada perjuangan memenangkan Islam di Malaysia.

"Senang nak keluar untuk jemaah, kalau kahwin banyak halnya, lagi pun bukan sikit nak belanja nak berkahwin sekarang ni, dari simpan duit nak kahwin baik simpan duit nak beli peralatan dan kenderaan untuk Unit Amal dan belanja bertugas untuk jemaah" Inilah jawapan yang sering keluar dari mulut-mulut anggota amal di Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak yang masih bujang.

Inilah contoh orang yang memperjuangkan Islam walaupun tidak berpendidikan Islam yang tinggi (Master atau PHD) mereka berkorban untuk Islam dengan cara mereka sendiri dengan mengetepikan kepentingan diri dan nafsu mereka.

"Bukan tak nak ikut sunnah Rasululllah, tetapi keadaan tak mengizinkan, biarlah Islam menang dulu di Malaysia ini" kata Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak yang juga salah seorang yang masih bujang walaupun telah lewat usia 30an.

Semoga segala pengorbanan mereka akan dirahmati Allah SWT diakhirat kelak.

Takbir...




JIKA MEREKA INI ANAK-ANAK SAYA SUDAH TENTU SAYA BANGGA, SEBAB MEREKA BERUSAHA BERJUANG UNTUK ALLAH
 : PAK RAHIM



TEGURAN PAK RAHIM UNTUK ANGGOTA AMAL PERAK

Sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak yang paling tua dan paling aktif, berusia hampir 62 tahun, Abdul Rahim atau gelarannya Pak Rahim meminta tegurannya kepada anggota amal Perak untuk dimasukkan di dalam blog ini.

"Jangan jadi PEJUANG ISLAM KEDAI KOPI, di kedai kopi bukan main lagi cerita bab perjuangan Islam, balik rumah tengok TV, makan dan tidur" katanya disaksikan Pengarah dan beberapa ALP Negeri semasa bersama kami selepas bertugas di Program PR baru-baru ini.

Beliau menyatakan kekecewaan beliau kepada anggota amal dan ahli PAS yang seusia dan sezaman dengannya yang sekarang ini telah jauh dari jemaah dan Jabatan Amal. Mereka mengambil alasan usia, keluarga dan kesihatan untuk duduk di rumah dan menjadi penonton kepada perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi Allah ini. Beliau mempertikaikan tindakan tersebut kerana sepatutnya semakin lewat usia seseorang itu sepatutnya semakin lebih kerja-kerja untuk Allah ini dilakukan kerana mereka sudah hampir dengan mati. Bukan duduk dirumah berehat dan tunggu mati.

"Masa muda dulu nak berjuang tak dapat sebab kerja nanti kena buang kerja, anak-anak masih kecil, isteri mengandung dan macam-macam lagi, tapi bila dah tua, dah pencen, anak dah besar, diorang duduk di rumah, alasan dah tua"katanya.

Pesanan beliau kepada yang masih muda, berjuanglah untuk Allah semasa kita muda dan bertenaga jangan buat macam-macam alasan untuk mengelak dari berjuang untuk Allah.

"Kita boleh berjuang dalam pelbagai segi kalau tidak boleh berceramah/berkuliah buatlah kerja-kerja lain, kalau tak boleh secara terang-terangan boleh buat kerja-kerja belakang tabir, janji mahu berjuang" tambahnya lagi.

Semoga dengan teguran seorang anggota amal yang tua ini dapat membakar semangat bagi anggota amal yang muda untuk terus berjuang kerana Allah dan mencabar anggota amal / ahli PAS yang seusia dan sezamannya untuk kembali keluar bersama berjuang untuk Allah.  

HURAIAN KURIKULUM JABATAN AMAL MALAYSIA : LANGKAH MEMPERTAHANKAN SISTEM WALA' DAN THIQAH


Tindakan Jabatan Amal Malaysia mewujudkan Huraian Kurikulum Jabatan Amal Malaysia yang baru sahaja dilancarkan semasa Konvensyen Jabatan Amal Malaysia yang lepas adalah salah satu langkah mempertahankan Intitusi Wala' dan Thiqah dimana setiap perlantikan perlu dinilai dari pelbagai sudut.

Setiap perlantikan di peringkat kawasan seseorang itu perlu lulus ujian KAKA Tahap 1, baru individu itu layak memegang mana-mana jawatan di peringkat kawasan. Di peringkat negeri pula, seseorang yang ingin dilantik perlu lulus ujian KAKA Tahap 2 untuk melayakkan beliau memegang jawatan-jawatan di peringkat negeri. Manakala bagi perlantikan Jawatan Tinggi (Setiausaha, Bendahari dan Tim. Pengarah) di peringkat negeri, seseorang itu perlu lulus ujian KAKA Tahap 3 untuk melayakkan beliau memegang jawatan tersebut. Akhirnya untuk perlantikan Jawatan Tertinggi di peringkat Negeri dan ALP Peringkat Pusat seseorang itu perlu lulus ujian KAKA Tahap 4 untuk melayakkan beliau memegang jawatan tersebut.

Kurikulum baru ini telah dihasilkan di dalam sebuah mesyuarat Kurikulum Jabatan Amal Malaysia yang diadakan di Markaz Besar PAS Perak di Air Kuning, Taiping. Setelah bermesyuarat, berbincang dan berdiskusi yang disertai beberapa ALP Jabatan Amal Malaysia Pusat, Ketua-ketua Kor Kurikulum dan Latihan dari seluruh negeri di Malaysia maka terhasillah Huraian Kurikulum Jabatan Amal Malaysia yang mana berdasarkan Sukatan Kurikulum yang lama namun ia menjelaskan dan memperincikan methodologi latihan, peruntukan masa latihan, perlaksanaan ujian dan sistem perlantikan. Yang mana dijangkakan sekiranya ia dilaksanakan secara total, di dalam 10 tahun akan datang Jabatan Amal Malaysia akan menghasilkan satu generasi Jabatan Amal Malaysia yang berkualiti tinggi dari pelbagai sudut. Ini kerana jika ia dilaksanakan secara total, kepimpinan tertinggi jabatan ini akan terdiri dari manusia-manusia yang berilmu agama yang tinggi, berkemahiran tinggi dalam semua elemen latihan dan bercirikan nilai kepimpinan berkualiti tinggi.

Semoga ia akan menjadi satu realiti dengan segala kerjasama semua pihak, Insyallah..

Takbir..    

PERBEZAAN ANTARA WALA' DAN THIQAH : PART 2



CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG WAJIB DIBERIKAN WALA' MENURUT ISLAM

1. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman atau yakin dengan prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum dalam pengertian Khilafah kerana tanggungjawab mentadbir atau mengurus mana-mana sistem atau peraturan tidak boleh dipikulkan ke atas bahu orang-orang yang menentang prinsip-prinsip dan asasnya.

Firman Allah S.W.T.;

يَآ أيــُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَاْ تــَتــَّخِذُوْا بــِطَاْنــَةً مِنْ دُوْنـِكُمْ (النساء : 59)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai)”.

2. Mereka tidak terdiri daripada orang-orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya mereka hendaklah terdiri dari orang-orang yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh.

وَ لَاْ تــُطِعْ مَنْ أغْفَلْنَاْ قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنــَاْ وَاتــَّبَعَ هَوَاْهُ وَ كَاْنَ أمْرُهُ فُرُطًا (الكهف : 28)

“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

3. Mereka bukanlah dari kalangan orang-orang yang jahil dan tidak mempunyai kecerdikan (sufaha’) sebaliknya hendaklah terdiri daripada ulama’ atau ilmuan yang berakal sempurna, yang memiliki kefahaman dan basirah serta mempunyai kelayakan dari segi intelek dan fizikal untuk mentadbir urusan-urusan khilafah.

وَ لَاْ تــُؤْتــُوْا السُّفَهَاْءَ أمْوَاْلَكُمُ الَّتِيْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَاْمًا (النساء : 5)

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna aqalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.

قُلْ هَلْ يَسْتــَوِي الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَ الَّذِيْنَ لَاْ يَعْلَمُوْنَ (الزمر : 9)

“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”.

4. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan kepercayaan dan tanpa keraguan.

إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تــُؤَدُّوْا الْأَمَاْنَاْتِ اِلَى أهْلِهَاْ (النساء : 58)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.

Mana-mana orang Islam yang diberi kuasa atau peluang untuk melantik pemimpin atau menentukan pimpinan di kalangan umat Islam, maka mereka hendaklah melihat dan mengambil kira ciri-ciri di atas dalam menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi pemimpin mereka. Mengabaikan ciri-ciri di atas dalam pemilihan pemimpin akan memberi satu kesan yang buruk kepada masa depan Islam dan juga umat Islam. Melantik pemimpin-pemimpin yang tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai khalifah atau bersifat fasiq, zalim dan fujur atau tidak memiliki kelayakan ilmu, intelektual dan fizikal untuk memerintah bererti mendedahkan umat Islam kepada pelbagai kerosakan dan penyelewengan dalam kehidupan duniawi dan agama mereka.

Termasuk dalam pengertian “menyerahkan amanah kepada ahlinya” dalam ayat ini ialah menyerahkan jawatan-jawatan kepada orang-orang yang selayaknya. (Tafsir Ruhul-Ma’ani, Imam Alisu)

Oleh yang demikian pemilihan seseorang pemimpin itu juga merupakan satu elemen penting untuk menjamin intitusi wala' dan thiqah yang telah dibina itu dipertahankan. Amatlah tidak wajar jika seseorang pemimpin jemaah Islamiah sekiranya tidak mempunyai ciri, sifat, sikap dan kualiti kepimpinan yang menepati kehendak Islam itu meminta dan memohon wala' dari orang bawahannya.

PERBEZAAN ANTARA WALA DAN THIQAH: PART 1

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA USAHA MENELITI HUKUMNYA UNTUK MEMANTAPKAN IMAN KITA DAN MENEGAKKAN ISLAM DI TEMPAT TERTINGGI" 

Islam melarang isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami; tetapi dalam masa yang sama, adalah satu larangan dalam Islam juga, sekiranya suami terlalu mengongkong Isteri sehingga tidak membenarkan langsung isteri keluar dari rumah.

Memahami ini, jelas kepada kita, Islam tidak sahaja memberikan hak kepada pihak suami sahaja, tetapi dalam masa yang sama, hak pihak isteri juga diberikan keadilan sama.

Seorang penjual mempunyai hak ke atas barang yang hendak dijual. Pun begitu, penjual itu tidak boleh meletakkan harga sewenang-wenangnya, kerana penjual mesti menjaga hak pembeli juga.

Serupa juga dengan pimpinan atasan. Islam meletakkan kewajipan orang bawahan memberi ketaatan kepada pemimpin. Pun begitu, pemimpin wajib juga menjaga hak orang bawahan.

Tidak menipu, tidak melakukan kezaliman, tidak mengkhianati, tidak menyeleweng, tidak berat sebelah dan sebagainya merupakan cara untuk pimpinan menjaga thiqah.

Justeru, apabila Pimpinan atasan sudah menjaga thiqah, barulah orang bawahan wajib memberi wala'. Tanpa thiqah dari pihak atasan, maka tiada wala' terhadap pimpinan atasan. Bermakna, thiqah itu datang dari pimpinan atasan. Wala' itu datang dari orang bawahan. Kedua-dua perkara wajib seiring dan sejalan.

Jika pimpinan atasan tidak menjaga thiqah, lalu mewajibkan kepada orang bawahan memberi wala', ini bukan konsep wala' dalam Islam, tetapi ini adalah 'wala' ala paderi di zaman Karl marx'.

Sumber di atas di petik dari : Al-Bakistani (ustaz_bakistani@yahoo.com)

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA', TAAT DAN THIQAH.

Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyeleweng dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda Nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah SAW bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri Haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pemidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah SAW telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah SAW mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah SAW meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauh daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi:

-Bilangan yang cukup
-Keperluan yang lengkap
-Kesediaan fizikal yang mantap

Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.
Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah. Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN. Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya (mesyuarat atau perjumpaan), tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah - Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti
·         Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
·         Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
·         Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
·         Seandainya berlaku kegagalan ia ditanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
·         Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti Ustaz Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal merobohkannya daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

Sumber di petik dari : pasjerai.com

Kesimpulan:

Pemimpin sesebuah jemaah Islamiah seperti PAS perlu menghormati segala hak orang bawahan sebelum mereka memohon atau meminta orang bawahan mereka memberikan wala' kepada mereka. Pemimpin juga perlu ada sifat amanah, wala' dan thiqah kepada pemimpin yang lebih atas dan adil kepada orang bawahan. Jika pemimpin itu sendiri menunjukkan sifat tidak amanah, kepimpinan yang lemah, korup dan tidak adil maka tidak layak untuk diberikan wala'

Namun begitu sebagai orang bawahan sesebuah jemaah Islamiah seperti PAS kita wajib memberikan wala' kepada pemimpin kita dan sekiranya kita ingin menegur pemimpin kita haruslah kena pada tempatnya dan betul pada salurannya kerana PAS mempunyai mesyuarat, perjumpaan, liqa' fikri dan muktamar sebagai medan ahli menegur pemimpin dan menurunkan pemimpin yang seumpama "duri dalam daging atau gunting dalam lipatan". Bukan di dalam blog dan sebagainya sehingga membuka segala rahsia jemaah dan merugikan jemaah dalam perjuangan menegakkan Islam dimuka bumi Allah ini.

Wallahuallam,

Takbir...

VETERAN DAN PEMUDA PAS PERLU CONTOHI PAK RAHIM


Dalam usia yang mencecah 62 tahun Abdul Rahim atau gelarannya PAK RAHIM masih keluar bertugas untuk Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak walaupun dalam usia emas beliau yang sepatutnya duduk di rumah berehat namun beliau mengambil jalan untuk terus berjuang untuk Islam.

Walaupun kadang kala beliau nampak begitu letih bertugas dari pagi ke petang dan hingga ke tengah malam beliau menjadi pembakar semangat anggota amal yang jauh lebih muda.

"Aku mohon Allah cabut nyawa aku semasa bertugas memakai uniform Amal ni, cuma aku minta anggota Amal uruskan jenazah aku" Itulah yang selalu keluar dari mulutnya

Beliau yang kini menetap di Taiping terus menerus bergerak untuk Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan PAS Perak dengan hanya berbekalkan wang tin minuman, botol plastik dan besi buruk yang dikutip pada waktu tidak bertugas dan sedikit sumbangan dari jemaah, jiran dan sahabat.

Tidakkah anda merasa malu, seorang lelaki tua yang mata pencariannya mencari tin di bandar Taiping boleh bergerak bertugas untuk PAS di seluruh Malaysia sejak bertahun lalu.

Sedangkan anda yang bergaji besar, berniaga puluhan ribu dan sebagainya masih duduk diam di rumah hanya menjadi penonton kepada perjuangan menegakkan Islam. Sesungguhnya anda sedang melakukan jenayah yang besar kepada Islam kerana hanya menjadi penonton sahaja.

Apakah sumbangan anda kepada Islam? Fikir-fikirkan sendiri...

01 Disember, 2012

BENARKAH UNIT AMAL UNTUK AHLI PAS KELAS KETIGA?

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak Al-Ameed Arif Bin Sha'arani baru-baru ini dikejutkan dengan satu gurauan yang menjengkelkan. Pengarah telah diberitahu oleh individu tersebut adanya gurauan dikalangan ahli-ahli bahawa anggota Amal adalah majoriti ahli PAS kelas ketiga kerana majoriti anggota amal khususnya anggota amal Negeri Perak adalah dari kalangan berpendidikan dan berpendapatan rendah.

Walaupun ianya sekadar gurauan namun sebagai Pengarah Jabatan beliau tersinggung dan kecewa kerana adanya fahaman kasta di dalam sebuah Jemaah Islam. "Inilah hasilnya kalau tak cukup tarbiyah" katanya di dalam komen beliau kerana gurauan tersebut datangnya dari mulut ahli. 

"Inilah sebabnya di dalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak kita mengamalkan sistem senioriti dan sistem perlantikan/kenaikan pangkat berdasarkan kelulusan tahap KAKA dan pemerhatian ALP Negeri. Kita tak naikkan pemimpin sewenang-wenangnya di semua peringkat kerana kita mahu kepimpinan yang baik, teguh dan hebat" tambah beliau di dalam perjumpaan dengan semua ALP Harian baru-baru ini. 

Beliau semasa berucap panjang menjelaskan kembali Sistem Kenaikan Pangkat yang baru ini perlu dihormati oleh semua pihak baik DPPN dan Pejabat Perhubungan PAS Perak kerana ia menjadi nadi kejayaan dan kelancaran jabatan. Jabatan Amal Malaysia adalah DUTA kepada PAS dan kebaikan Islam di Perak, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak adalah antara golongan yang merintis jalan untuk memberikan pemahaman Islam kepada yang bukan Islam di Perak.

"Kita jaga keselamatan dan kebajikan pimpinan dan penyokong DAP/PKR atas arahan Pesuruhjaya PAS dan Ketua DPPN bukan sebab kita boneka mereka tetapi nak menunjukkan Islam itu ADIL untuk semua makhluk. Kita berjaya tunjuk kepada mereka, inilah Islam" tegas beliau.

"Kita akui bahawa majoriti anggota kita berpendapatan rendah tetapi mereka bukan berpendidikan rendah, anggota kita dari pelbagai jenis pendidikan, ada sijil, ada diploma, ada ijazah dan sebagainya dalam pelbagai bidang cuma majoriti mereka memilih untuk bekerja sendiri untuk senang bertugas dengan jemaah pada bila-bila masa sahaja" katanya lagi.

Amat tidak adil bagi segelintir ahli PAS (yang kurang tarbiyah) yang memandang rendah kepada anggota amal kerana mereka adalah tulang belakang gerakerja kebajikan dan DUTA kebajikan kepada PAS. Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak telah menjalankan tugas hampir 200 program PAS dan Pakatan Rakyat dalam pelbagai jenis tugas sepanjang Januari hingga November 2012 dan anggotanya tidak pernah merungut dan meminta sebarang ganjaran dunia (elaun dan sebagainya). Ia adalah sebuah jabatan yang paling aktif di dalam PAS Perak sehinggakan ALP dan anggotanya boleh dikatakan tidak banyak memberikan masa dan kewangan untuk keluarga dan kepentingan diri selain bertugas untuk Islam.

Semoga mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan dikurniakan tempat terbaik di akhirat. Insyaallah..

Takbir...


Kereta ini membuktikan bahawa tuan punya kereta ini tidak mementingkan keselesaan, kemewahan dan kepentingan diri atau keluarga.

Beliau membelanjakan wang dan pendapatan lebih banyak untuk jemaah dari keluarganya sendiri sehingga kereta ini tidak dicantikkan walaupun tuan punyanya mampu berbuat demikian.

Asalkan boleh bergerak untuk bertugas dan boleh bawa anak isteri dalam hujan sudah cukup baginya, AIR_COND pun dah rosak 2 tahun lepas.


JANGAN KITA TERLALU CINTA DUNIA SEHINGGA KITA BUAT PELBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK KELUAR BERJUANG..