DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

01 Disember, 2012

BENARKAH UNIT AMAL UNTUK AHLI PAS KELAS KETIGA?

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak Al-Ameed Arif Bin Sha'arani baru-baru ini dikejutkan dengan satu gurauan yang menjengkelkan. Pengarah telah diberitahu oleh individu tersebut adanya gurauan dikalangan ahli-ahli bahawa anggota Amal adalah majoriti ahli PAS kelas ketiga kerana majoriti anggota amal khususnya anggota amal Negeri Perak adalah dari kalangan berpendidikan dan berpendapatan rendah.

Walaupun ianya sekadar gurauan namun sebagai Pengarah Jabatan beliau tersinggung dan kecewa kerana adanya fahaman kasta di dalam sebuah Jemaah Islam. "Inilah hasilnya kalau tak cukup tarbiyah" katanya di dalam komen beliau kerana gurauan tersebut datangnya dari mulut ahli. 

"Inilah sebabnya di dalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak kita mengamalkan sistem senioriti dan sistem perlantikan/kenaikan pangkat berdasarkan kelulusan tahap KAKA dan pemerhatian ALP Negeri. Kita tak naikkan pemimpin sewenang-wenangnya di semua peringkat kerana kita mahu kepimpinan yang baik, teguh dan hebat" tambah beliau di dalam perjumpaan dengan semua ALP Harian baru-baru ini. 

Beliau semasa berucap panjang menjelaskan kembali Sistem Kenaikan Pangkat yang baru ini perlu dihormati oleh semua pihak baik DPPN dan Pejabat Perhubungan PAS Perak kerana ia menjadi nadi kejayaan dan kelancaran jabatan. Jabatan Amal Malaysia adalah DUTA kepada PAS dan kebaikan Islam di Perak, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak adalah antara golongan yang merintis jalan untuk memberikan pemahaman Islam kepada yang bukan Islam di Perak.

"Kita jaga keselamatan dan kebajikan pimpinan dan penyokong DAP/PKR atas arahan Pesuruhjaya PAS dan Ketua DPPN bukan sebab kita boneka mereka tetapi nak menunjukkan Islam itu ADIL untuk semua makhluk. Kita berjaya tunjuk kepada mereka, inilah Islam" tegas beliau.

"Kita akui bahawa majoriti anggota kita berpendapatan rendah tetapi mereka bukan berpendidikan rendah, anggota kita dari pelbagai jenis pendidikan, ada sijil, ada diploma, ada ijazah dan sebagainya dalam pelbagai bidang cuma majoriti mereka memilih untuk bekerja sendiri untuk senang bertugas dengan jemaah pada bila-bila masa sahaja" katanya lagi.

Amat tidak adil bagi segelintir ahli PAS (yang kurang tarbiyah) yang memandang rendah kepada anggota amal kerana mereka adalah tulang belakang gerakerja kebajikan dan DUTA kebajikan kepada PAS. Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak telah menjalankan tugas hampir 200 program PAS dan Pakatan Rakyat dalam pelbagai jenis tugas sepanjang Januari hingga November 2012 dan anggotanya tidak pernah merungut dan meminta sebarang ganjaran dunia (elaun dan sebagainya). Ia adalah sebuah jabatan yang paling aktif di dalam PAS Perak sehinggakan ALP dan anggotanya boleh dikatakan tidak banyak memberikan masa dan kewangan untuk keluarga dan kepentingan diri selain bertugas untuk Islam.

Semoga mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan dikurniakan tempat terbaik di akhirat. Insyaallah..

Takbir...


Kereta ini membuktikan bahawa tuan punya kereta ini tidak mementingkan keselesaan, kemewahan dan kepentingan diri atau keluarga.

Beliau membelanjakan wang dan pendapatan lebih banyak untuk jemaah dari keluarganya sendiri sehingga kereta ini tidak dicantikkan walaupun tuan punyanya mampu berbuat demikian.

Asalkan boleh bergerak untuk bertugas dan boleh bawa anak isteri dalam hujan sudah cukup baginya, AIR_COND pun dah rosak 2 tahun lepas.


JANGAN KITA TERLALU CINTA DUNIA SEHINGGA KITA BUAT PELBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK KELUAR BERJUANG..

Tiada ulasan: