DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

03 Disember, 2012

VETERAN DAN PEMUDA PAS PERLU CONTOHI PAK RAHIM


Dalam usia yang mencecah 62 tahun Abdul Rahim atau gelarannya PAK RAHIM masih keluar bertugas untuk Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak walaupun dalam usia emas beliau yang sepatutnya duduk di rumah berehat namun beliau mengambil jalan untuk terus berjuang untuk Islam.

Walaupun kadang kala beliau nampak begitu letih bertugas dari pagi ke petang dan hingga ke tengah malam beliau menjadi pembakar semangat anggota amal yang jauh lebih muda.

"Aku mohon Allah cabut nyawa aku semasa bertugas memakai uniform Amal ni, cuma aku minta anggota Amal uruskan jenazah aku" Itulah yang selalu keluar dari mulutnya

Beliau yang kini menetap di Taiping terus menerus bergerak untuk Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan PAS Perak dengan hanya berbekalkan wang tin minuman, botol plastik dan besi buruk yang dikutip pada waktu tidak bertugas dan sedikit sumbangan dari jemaah, jiran dan sahabat.

Tidakkah anda merasa malu, seorang lelaki tua yang mata pencariannya mencari tin di bandar Taiping boleh bergerak bertugas untuk PAS di seluruh Malaysia sejak bertahun lalu.

Sedangkan anda yang bergaji besar, berniaga puluhan ribu dan sebagainya masih duduk diam di rumah hanya menjadi penonton kepada perjuangan menegakkan Islam. Sesungguhnya anda sedang melakukan jenayah yang besar kepada Islam kerana hanya menjadi penonton sahaja.

Apakah sumbangan anda kepada Islam? Fikir-fikirkan sendiri...

Tiada ulasan: