DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

03 Disember, 2012

HURAIAN KURIKULUM JABATAN AMAL MALAYSIA : LANGKAH MEMPERTAHANKAN SISTEM WALA' DAN THIQAH


Tindakan Jabatan Amal Malaysia mewujudkan Huraian Kurikulum Jabatan Amal Malaysia yang baru sahaja dilancarkan semasa Konvensyen Jabatan Amal Malaysia yang lepas adalah salah satu langkah mempertahankan Intitusi Wala' dan Thiqah dimana setiap perlantikan perlu dinilai dari pelbagai sudut.

Setiap perlantikan di peringkat kawasan seseorang itu perlu lulus ujian KAKA Tahap 1, baru individu itu layak memegang mana-mana jawatan di peringkat kawasan. Di peringkat negeri pula, seseorang yang ingin dilantik perlu lulus ujian KAKA Tahap 2 untuk melayakkan beliau memegang jawatan-jawatan di peringkat negeri. Manakala bagi perlantikan Jawatan Tinggi (Setiausaha, Bendahari dan Tim. Pengarah) di peringkat negeri, seseorang itu perlu lulus ujian KAKA Tahap 3 untuk melayakkan beliau memegang jawatan tersebut. Akhirnya untuk perlantikan Jawatan Tertinggi di peringkat Negeri dan ALP Peringkat Pusat seseorang itu perlu lulus ujian KAKA Tahap 4 untuk melayakkan beliau memegang jawatan tersebut.

Kurikulum baru ini telah dihasilkan di dalam sebuah mesyuarat Kurikulum Jabatan Amal Malaysia yang diadakan di Markaz Besar PAS Perak di Air Kuning, Taiping. Setelah bermesyuarat, berbincang dan berdiskusi yang disertai beberapa ALP Jabatan Amal Malaysia Pusat, Ketua-ketua Kor Kurikulum dan Latihan dari seluruh negeri di Malaysia maka terhasillah Huraian Kurikulum Jabatan Amal Malaysia yang mana berdasarkan Sukatan Kurikulum yang lama namun ia menjelaskan dan memperincikan methodologi latihan, peruntukan masa latihan, perlaksanaan ujian dan sistem perlantikan. Yang mana dijangkakan sekiranya ia dilaksanakan secara total, di dalam 10 tahun akan datang Jabatan Amal Malaysia akan menghasilkan satu generasi Jabatan Amal Malaysia yang berkualiti tinggi dari pelbagai sudut. Ini kerana jika ia dilaksanakan secara total, kepimpinan tertinggi jabatan ini akan terdiri dari manusia-manusia yang berilmu agama yang tinggi, berkemahiran tinggi dalam semua elemen latihan dan bercirikan nilai kepimpinan berkualiti tinggi.

Semoga ia akan menjadi satu realiti dengan segala kerjasama semua pihak, Insyallah..

Takbir..    

Tiada ulasan: