DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

DARI PENGARAH JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK

23 Disember, 2012

JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PERAK : CEMERLANG DI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI PERAK

16.12.2012 Seri Iskandar : Merupakan satu lagi program PR dan tugasan jabatan yang ke 196 bagi tahun 2012 ini. Program ini amat mencabar kewibawaan, kesabaran, ketakwaan dan ketaatan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak, seramai 109 orang anggota telah bertugas menjalankan tugasan keselamatan tapak program, lalulintas dan uruusan parkir kereta, sejak 12.00 tengahmalam 15.12.2012 sehingga 12.00 tengahmalam 16.12.2012. Rakyat negeri perak mula membanjiri tapak program sejak pukul 12.00 tghari 16.12.2012 dan mengakibatkan jalan sesak sehingga 10km dari tapak program, kenderaan terpaksa bergerak perlahan bermula pada 2.30petang lagi. Anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak menghadapi pelbagai kerenah manusia khasnya dari mereka yang jelas bukan penyokong Pakatan Rakyat yang sering mengintai peluang untuk menganggu program tersebut.

Dugaan yang anggota amal terpaksa hadapi adalah pelbagai. Ada dikalangan anggota amal yang dimaki hamun dengan perkataan kesat oleh pemandu-pemandu (bukan penyokong PR) yang mungkin tertekan dengan kesesakan jalan raya. Ada juga yang hampir dilanggar kereta ahli Pakatan Rakyat sendiri yang gelojoh untuk cepat-cepat mencari tempat parkir supaya dapat  meluangkan masa dengan pimpinan pilihan mereka. Ada pula anggota amal yang terpaksa bersabar melayan rungutan dan kemarahan penyokong-penyokong kerana ketiadaan tempat parkir. Ia disebabkan ruang parkir tapak program hanya boleh menampung maksima 1,000 ribu buah kereta namun bermula daripada pukul 5.30 petang tempat parkir telah penuh dan terpaksa dihalakan ke beberapa lokasi tempat parkir kecemasan iaitu lebih kurang 1.5km hingga 3km dari tapak program, dianggarkan hampir 5,000 buah kereta dan 2,000 motosikal yang hadir.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak terpaksa menukar pelan tindakan beberapa kali dari Pelan A sehingga Pelan X demi melancarkan program dan tidak membebankan penyokong untuk berjalan jauh untuk ke tapak program. Terdapat pimpinan PAS Perak dan Pusat sendiri pun terpaksa meletakkan kereta jauh dari tapak program. Tindakan ini terpaksa kami ambil kerana ketiadaan tempat letak kereta yang berhampiran kerana kami terpaksa memberikan tempat letak kereta tersebut kepada beberapa kenderaan yang membawa rombongan OKU ke tapak program.

Oleh kerana kesibukan dan kesesakan lalulintas jalan raya makanan dan minuman tengahari untuk semua anggota amal telah lewat sampai, iaitu pukul 4.00 petang. Kasihan mereka yang terpaksa bertahan lapar sehingga 4.00 petang. Semasa semua yang lain sibuk bersolat Asar (keadaan menjadi kurang sibuk ketika itu) anggota-anggota amal mengambil peluang untuk berehat makan tengahari pada 4.30petang.

Semoga semua pengorbanan tersebut akan dibalas dengan balasan setimpal di akhirat. 

Allahuakbar...    

 Ribuan hadir tunjukkan kebangkitan rakyat Perak!

Tiada ulasan: